Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Images
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Satu keluarga kepada seorang programmer komputer telah melancarkan sebuah kempen bagi meningkatkan kesedaran terhadap risiko kesihatan bermain permainan dalam talian selepas anak lelaki mereka mati setelah bermain Xbox.
Hasil bedah siasat mendedahkan anak mereka, Chris Staniforth, 20 tahun yang pernah ditawarkan tempat di Universiti Leicester dalam bidang Game Study mati akibat pulmonary embolism, satu keadaan yang terjadi akibat duduk dalam satu posisi pada jangka masa yang lama.
Trombosis dalam vena (Deep vein thrombosis) biasanya terjadi kepada penumpang kapal terbang jarak jauh namun pakar perubatan turut khuatir keadaaan ini turut terjadi kepada generasi muda masa kini yang banyak menghabiskan masa di depan konsol dan menggesa agar berehat selepas satu jangka masa. Professor Brian Colvin, pakar dalam situasi berkaitan darah berkata adalah sesuatu yang tidak sihat bagi generasi muda menghabiskan banyak masa di depan konsol.
"Terdapat kebimbangan berkaitan obesiti dan kanak-kanak yang tidak melakukan apa-apa selain berada di depan skrin komputer," katanya kepada The Sun.
David Staniforth telah melancarkan kempen bagi memberi amaran kepada ibu bapa tentang bahaya berkaitan dengannya.
"Bermain permainan video menyeronokkan tetapi apabila sudah bermula, amat sukar untuk berhenti. Kanak-kanak di seluruh dunia bermain dalam jangka masa panjang. Mereka tidak sedar ia boleh membunuh." katanya kepada The Sun.
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.
Pautan lain: Ilusi optik
P/s: Jangan buat sesuatu kerja itu secara berterusan. Ambillah sedikit masa untuk berehat. Setiap anggota badan mempunyai hak untuk berehat.
1 comment:
Apprеciatе this post. Will tгy
іt out.
My sіte ringinginearstreatment.blogspot.com
Post a Comment