Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo ImagesAssalamualaikum...
Sambungan dari Bahagian 1
Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?
Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti:
- Glukosa
- Fruktosa
- Laktosa
- Maltosa
- Sukrosa
- Sirap Glukosa
- Sirap maple
- Molases
- Sirap hitam
- Sirap kencana
- Dektrosa
- Sorbitol
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
- Minuman dalam tin bergas 500ml - 14.4 sudu teh
- Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
- Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
- Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
- Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
- Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
- Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
- Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
- Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
- Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
- Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!
Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit kencing manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.
Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!
"Kita adalah apa yang kita makan".
1 comment:
huh..
bahaya-bahaya..
betul..
rakyat malaysia sekarang memang dimanjakan dengan kemanisan..(-__-)
kajian pun telah mengatakan bahawa ramai rakyat kita mengalami obesiti..
disebabkan pengambilan gula yang banyak..
Post a Comment