Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Salah satu daripada perancangan Dajjal untuk menguasai dunia.
Bermula pada tahun 1971, matawang US Dollar sudah tidak disandarkan kepada emas. Maka matawang dunia (termasuk Ringgit Malaysia) yang lain yang bersandarkan kepada US Dollar secara automatik tidak bersandarkan kepada emas. Jadi nilai matawang sekarang bersandarkan kepada APA?
Jawapannya adalah HUTANG negara. Jadi apabila berdasarkan kepada HUTANG, negara perlu membayar interest/riba atas hutang ini. Apa kesannya? Ia akan menghasilkan INFLASI atau susut nilai matawang. Nilai RM10 sekarang adalah lebih rendah nilai daripada pada 1 atau 2 atau 3 tahun dahulu.
Harga barangan semakin meningkat? Adakah ini sebab sebenarnya atau nilai duit yang semakin susut?
Harga barangan semakin meningkat? Adakah ini sebab sebenarnya atau nilai duit yang semakin susut?
Kalau difikirkan bukan sekadar sistem perbankan itu adanya riba, malahan sistem matawang itu sendiri asasnya adalah riba.
Inilah tanda-tanda akhir zaman yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya". (Riwayat Ibnu Majah)
Apakah tindakan kita dalam hal ini? Adakah sekarang menerima sahaja tanpa melakukan apa-apa usaha?
Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 275
"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya."
Perjalanan masih jauh untuk mengembalikan keseluruhan sistem kewangan yang tidak berasaskan riba. Adalah tanggungjawab kita dalam mengembalikan kefahaman sahabat handai kita, kaum keluarga kita kepada sistem matawang alternatif yakni emas dan perak / dinar & dirham. Matawang yang tidak ada istilah INFLASI. Satu dirham di zaman Rasulullah s.a.w. dapat membeli seekor ayam, samalah sekarang satu dirham (RM18) masih dapat membeli seekor ayam. Di zaman itu, satu dinar dapat membeli seekor kambing dewasa, di zaman sekarang pun satu dinar (RM630) masih dapat membeli seekor kambing dewasa.
2 comments:
haih! paSTU...cne?? nk kne guna duit emas ke?
akan smpai masanya nnt kita akan kembali gunakan duit emas dan perak.
Post a Comment