MY FOLLOWERS

Monday, September 19, 2011

Artikel - Pesanan Buat Si Cantik

Kredit kepada: Eyna Ibrahim
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.

Memang Allah s.w.t. menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah s.w.t. Dia berhak dan mampu buat apa sahaja mengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anda berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.



Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana si cantik akan menghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah s.w.t. supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal di Akhirat.

Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah s.w.t. kepadanya. Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah s.w.t. ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah s.w.t. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah s.w.t. tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar. Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah s.w.t. !!!


Sumber: Facebook

2 comments:

Cik tikah said...

saya hargai diri saya :)

LindaLittle said...

gambar first tu.....mmmmmmmmmm