MY FOLLOWERS

Friday, September 9, 2011

Artikel - Elaun Yang Dipertuan Agong, Sultan dan Kerabat Diraja Malaysia

Credits to: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum...

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini dinyatakan di bawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap Permaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880.

1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)


Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339.

1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)


Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut:

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000


Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Di bawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.



Pencen khas untuk balu Permaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Permaisuri Agong. Contohnya jikalau Agong itu mangkat semasa baginda sedang menjawat tugas sebagai Agong, jadi Permaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara

1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk pemandu dan penyelenggaraan kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan diselenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000


Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu:

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan


Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan:

1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan - RM15,480


Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan.

1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan


Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut:

Raja Muda – RM13,000
Raja Puan Muda – RM5,200
Tunku Bendahara – RM4,000
Isteri Tunku Bendahara – RM1,250
Tunku Temenggung – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung – RM900
Tunku Laksamana – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana – RM600
Anak-anak Sultan – RM1,000



Patutlah kerabat diraja semuanya kaya raya..

3 comments:

Cik Anita said...

salam..

wahh~ 1st time tau gaji dorang yang camni. Kaya rayaaaaa! gila lah.. duit banyak camni kalau kedekut tak taula!

:)

cik aletheea : said...

banyaknye gaji diorang nie....
kite ke yg bayar diorang nie? eh..eh...

belogkiter said...

best nya.