Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Perkara biasa yang dihadapi ketika ada keinginan untuk menulis - keadaan 'blank' atau buntu. Boleh jadi sebenarnya tiada idea langsung untuk menulis ataupun ada idea tetapi tidak tahu bagaimana mahu menyusun ayat-ayatnya supaya pembaca faham dan mendapat apa yang disampaikan.
Teringat saya sewaktu menghadiri kursus Dale Carnegie dahulu. Sebagaimana diceritakan oleh tenaga pengajarnya, dahulunya sebelum Dale Carnegie menulis buku-bukunya, dia lebih suka menjalankan kursus-kursusnya secara terus di dalam kelas sebelum didatangi oleh satu pihak yang mahukannya menulis buku, namun setiap kali itulah ditolak. Sebabnya, baginya bahagian yang paling sukar dalam menulis ialah bagaimana untuk menjadikan idea yang ingin diperkatakan itu sampai kepada pembaca.
Banyak bahan boleh digunakan. Di zaman moden ini banyak sumber boleh didapati, menerusi pembacaan di medium seperti buku-buku mahupun di internet, pemerhatian juga ilmu dan pengalaman.
Jika mengambil bahan-bahan sumber, tidak semestinya bergantung pada sumber dari satu bahasa sahaja. Jangan malas untuk merujuk bahan-bahan dari bahasa lain. Tidak kiralah apa bahasa yang anda kuasai, terjemahkan serba sedikit berdasarkan apa yang faham daripada pembacaan bahan tersebut. Menguasai lebih daripada satu bahasa adalah kelebihan buat anda. Dari satu sudut, ia membantu mengembangkan dan menambah pengetahuan dengan lebih luas. Sebaik-baiknya, sediakan juga kamus supaya anda faham apakah perkataan yang ingin digunakan itu.
Cuba elakkan daripada bergantung kepada Google Translate kerana terjemahannya akan menjadi tidak berapa betul. Ia hanyalah mesin terjemahan, jadi mungkin pembaca tidak akan mendapat maksud yang tepat yang ingin disampaikan.
1 comment:
sebab tu akak suka bw, salah satu cara untuk mendapat idea..
Post a Comment