MY FOLLOWERS

Saturday, March 10, 2012

Hidupan Liar - Belang Pada Badan Kuda Belang Boleh Halau Lalat

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum......

Satu kajian mendapati kuda dengan warna lebih gelap menarik lebih banyak lalat penghisap darah berbanding yang berwarna putih. Oleh kerana belang putih hanya muncul setelah kuda dilahirkan, para saintis terfikir adakah warna belang tersebut menjadikannya kurang menarik perhatian serangga berkenaan. Lalat kuda juga dikenali sebagai tanabid, bukan setakat mengundang kegatalan kerana gigitannya tetapi juga membawa kuman yang berbahaya.



Untuk mengetahui sejauh mana tidak menariknya belang pada kuda ini, para pengkaji melawat ladang kuda yang dijangkiti lalat yang terletak berhampiran Budapest. Ujian dilakukan dengan cara mewarnakan permukaan badan kuda dengan warna hitam dan putih pelbagai kelebaran dan sudut yang dilapisi gam mendapati belang dengan lebar paling halus menarik hanya sejumlah kecil serangga. 

Para pengkaji kemudiannya mencipta model kuda dengan warna semua putih, semua hitam dan yang berbelang dengan jangkaan model kuda yang berbelang akan menarik sejumlah lalat antara model putih dan hitam. Mengejutkan apabila mereka mendapati lalat kuda tidak begitu tertarik dengan model kuda belang.

KLIK SINI untuk berita penuh.

1 comment: