MY FOLLOWERS

Thursday, June 19, 2014

Artikel - Halau Serangga Perosak Cara Mudah dan Murah

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Before they get used to living with you... oleh Creative Ad Awards


Bila tinggal dalam rumah, tidak kiralah apa pun jenis kediaman yang didududki, kewujudan serangga perosak adalah satu perkara biasa dan ada di antaranya agak mengganggu. Ia boleh diketahui dengan adanya beberapa barang yang menjadi rosak seperti kayu pada perabot, bau yang kurang menyenangkan atau lebih buruk bila ada makanan rosak akibat sudah dimakannya. Jika keadaan yang anda alami tidak teruk, maka bolehlah anda tangani sendiri masalah ini. Tidak perlukan bayaran caj perkhidmatan yang mahal pun. Setiap jenis serangga perosak, ada cara untuk atasinya.

SEMUT - Kalau ada tertumpahkan serbuk roti, madu, manisan atau makanan, serangga ini akan datang beramai-ramai dalam beberapa minit. Kalau ada semut yang dibunuh, makin ramai akan datang keesokannya. Koloni serangga ini mudah menyesuaikan diri. Kewujudan serangga ini membantu mengawal populasi serangga lain, mengudarakan tanah dan menghancurkan bahan organik. Penggunaan bahan kimia untuk menghapuskan semut agak berbahaya dan bila semut membawanya kepada ratunya, itu akan membunuh semuanya. Cara mudah, gunakan timun yang pahit dan letakkannya di tempat laluan semut yang anda tidak mahukan ia berada. Anda boleh juga gunakan kulit kayu manis, jus lemon atau bawang putih.


LIPAS - Ini merupakan serangga yang suka mengganggu makanan, meninggalkan bau tidak menyenangkan, menyebabkan anda sakit dan juga alahan. Ia boleh bertahan kira-kira 30 hari tanpa makanan dan mudah menyesuaikan diri ikut persekitaran. Penyembur aerosol antara yang efektif biasa digunakan. Daun bay, daun pandan, potongan timun atau bawang putih ialah bahan semula jadi untuk mencegahnya. Jika mahu membunuhnya, gunakan botol penyembur dan diisi dengan air sabun sebagai alternatif penyembur aerosol. Cara terbaik, pastikan semua tempat sebersih mungkin termasuk dalam kabinet.


TIKUS - Antara haiwan perosak paling dibenci. Habis wayar, plastik, paip getah digigitnya menyebabkan kebocoran dan pencemaran serta penyakit seperti leptospirosis, meningitis dan lain-lain. Perosak yang menggerunkan seperti lipas. Gam untuk tikus biasanya antara RM6-RM8 atau boleh juga gunakan perangkap itulah kalau anda tidak kisah akan kosnya. Satu cara semula jadi ialah dengan merendamkan kain buruk dalam ammonia atau letakkan ubat gegat dalam bekas terbuka dan letakkannya di tempat laluan tikus. boleh juga sapukan minyak pudina atau daun pudina di tempat biasa dilaluinya.


ANAI-ANAI - Haiwan perosak yang biasanya merosakkan barangan seperti lantai, rangka pintu, bahagian perabot atau apa sahaja yang  diperbuat daripada kayu yang ada di kediaman anda. Jejaknya boleh dikesan daripada kesan kerosakan pada barangan tersebut. Jika anda temui serangga seakan semut tetapi berwarna coklat, ketahuilah bahawa kediaman anda sudah diserang anai-anai. Tidak banyak barang dijual untuk menghapuskan serangga ini di pasaran. Mungkin anda perlukan rawatan bahan kimia. Cara semula jadi, pun tidak banyak pilihan tetapi untuk penyelesaian segera, rendamkan kepingan kadbod dan letakkannya di kawasan diserang anai-anai. Apabila banyak anai-anai sudah ada atas kadbod ini, buang dan bakarkannya. Boleh juga letakkan perabot kayu anda di bawah sinaran matahari atau kalau ada mesin sejuk beku yang besar, boleh sejukkannya. Kalau serangga ini ada dalam dinding, sekurang-kurangnya boleh hentikan sumber airnya. Kalau keadaannya agak teruk, maka anda perlukan khidmat penghapus serangga perosak.


KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: