Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Satu perkara yang perlu diberi perhatian serius apabila membina permainan video berkaitan pengganas siber ialah mengelakkan daripada terhantar signal secara rambang. Polis di Sydney telah menghantar satu skuad pemusnah bom ke pejabat pengedar utama permainan ini apabila laman web mereka menerima sebuah kiriman tidak dikenali seperti kotak dan berkelip-kelip apabila pihak mereka cuba membukanya. Kotak berkenaan tiba di Ninemsn pada Selasa lalu bersama pesanan meminta memeriksa mel suara.
Mel suara tersebut mengandungi kod PIN yang membolehkan kotak itu dibuka, dan bila kod dimasukkan, kotak tersebut akan berbunyi. Keadaan inilah yang menyebabkan bilik berita dikosongkan dan skuad pemusnah bom masuk. Bila kotak tersebut dijumpai, mereka hanya temui iklan permainan video terbaru keluaran Ubisoft, Watch Dogs, bersama embargo dan pautan berkaitannya. Pegawai di Ubisoft kemudiannya segera memohon maaf kepada pihak Ninemsn atas perkara berkenaan selain menyatakan kaedah promosi itu berlaku tidak seperti dirancang.
Namun, insiden ini bukanlah kali pertama syarikat pembangun permainan video melakukan kesilapan sebegini yang menyebabkan ada pihak menjadi tidak keruan. Insiden lain pada tahun lepas, polis di Connecticut segera ke kedai Gamestop apabila menerima laporan ada lelaki berjalan dengan bersenjata. Setelah menyiasat, didapati lelaki tersebut sebagai wakil mengiklankan keluaran terbaru permainan Call of Duty: Ghosts. Tahun 2011, THQ menaikkan kemarahan pihak alam sekitar apabila melepaskan 10,000 belon ke udara di bandar sebagai mempromosikan permainan menembak, Homefront. Banyak belon kempis ekoran cuaca buruk ketika itu.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment