MY FOLLOWERS

Sunday, June 1, 2014

Kesihatan - Manfaat Halia

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......



Mengimbau kembali ke 2000 tahun lalu, di China, halia merupakan salah satu herba digunakan dalam merawat loya, ketidakselesaan dalam perut serta membantu penghadaman dan masalah cirit-birit. Banyak lagi sebenarnya khasiat yang boleh didapati daripada halia. Satu kajian pada 2009 mendapati makanan tambahan halia jika diambil bersama ubat penghalang muntah akan membantu mengurangkan rasa loya akibat kemoterapi terhadap pesakit sebanyak 40%. Ia juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah penghadaman dan sakit bawah belakang. Kajian juga menunjukkan ia juga membantu mengurangkan sakit otot, mengurangkan inflamasi, mengurangkan sakit ketika haid bagi wanita, migrain, dan mungkin juga memperlahan atau membunuh sel-sel kanser ovari dan kolon.


Secara ringkasnya, antara manfaat lain bagi halia ialah:
  • Mengurangkan loya dan mabuk kenderaan/mabuk laut. 
  • Mengurangkan paras protein dalam urin, mengurangkan pengambilan air dan pengeluaran urin, membalikkan  proteinuria (kerosakan ginjal akibat lebihan protein dalam urin) bagi yang mengalami komplikasi diabetes.
  • Melindungi saraf bagi pesakit diabetes, dan mengurangkan paras lemak dalam darah. 
  • Artritis - mengawal plasebo.
  • Mengurangkan simptom selsema dan flu.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: