MY FOLLOWERS

Thursday, June 5, 2014

Artikel - Apalah Nak Jadi Dengan Budak-budak Sekolah Sekarang?!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

VIRAL!

Sewaktu penulis masih baru dalam penulisan blog sekitar tahun 2009, ada penulis coretkan serba sedikit tentang masalah di kalangan murid sekolah masa kini yang semakin menjadi-jadi.



Video di Yahoo News, baru-baru ini. 


Semenjak kebelakangan ini rasanya semakin kerap kedengaran berita-berita yang tidak enak didengar dek telinga dan tidak sedap dibaca oleh sang mata. Bukanlah perkara baru pada masa kini kerana penulis sendiri sudah membaca dan mendengar mengenainya sejak dari tahun 2009 lagi. Kalau tidak silap, pada masa itu kecoh di muka depan akhbar di sini apabila ada kes sekumpulan murid-murid sekat jalan yang dilalui dan bawa pedang samurai! Kemudiannya penulis sendiri menjadi guru ganti di sekolah tersebut dan dapatlah dengar sendiri daripada empunya badan yakni cikgu disiplin yang 'naik' namanya ekoran kes berkenaan. Garang? Fuhh! Garang tak ingat!! Nasib baik bukan barisan cikgu yang dimakannya. 

Murid-murid sekolah diajarnya, memang setiap minggu ada yang masak atau hampir masak dikerjakan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Berambut panjang, bergaduh tidak kira lelaki atau perempuan semua sama sahaja, berzina, bersekedudukan antara bukan mahram dan bermacam lagi kes-kes disiplin. Sampaikan ada murid lain gelarkan guru disiplin ini dengan panggilan 'polis' sebab mereka disekat kalau cuba melepaskan diri keluar pagar sekolah untuk balik awal. Masakan tidak, degil tidak tentu hala. Zaman sekarang bukannya seperti di zaman ibu bapa kita ketika mereka budak dahulu. Hari ini bak kata orang, sudah naik lemak! 

Baru-baru ini penulis sendiri ada bersembang dengan seorang guru perempuan, katanya ada muridnya sampai cuba pukulnya ketika dalam kelas. Nasib baik juga boleh pertahankan diri sebab belajar serba sedikit ilmu beladiri. Ingatkan habis setakat kes budak sekolah sahaja tetapi tidak. Ada juga kawan yang menjadi tenaga pengajar menceritakan ada antara muridnya tidak puas hati sehinggakan mahu bunuh gurunya. Nauzubillah.. tetapi setakat ini kawan penulis masih bernyawa dan tiada apa-apa pun berlaku. 

Sebut tentang hal ini, teringat penulis pada satu rangkap sajak yang dibaca oleh seorang cikgu ketika sambutan Kemerdekaan ketika penulis masih di sekolah dahulu. Bunyinya lebih kurang begini - Anak murid zaman dahulu berfikir, bila masanya akan balas jasa gurunya? Anak murid masa kini berfikir bila gurunya akan mati?

No comments: