Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Jika anda imbas kembali apa yang didapati daripada kajian-kajian terdahulu yang telah dijalankan ke atas beribu-ribu peserta sejak seabad lalu, ramai yang menunjukkan pengambilan vitamin tambahan ada hubungkaitnya dengan peningkatan risiko penyakit seperti kanser dan kurang bermanfaat kepada kesihatan tubuh. Sesetengah hasil kajian sangat signifikan secara statistik manakala sesetengah lagi tidak. Keadaan interaksi antara makanan tambahan dengan tubuh adalah kompleks. Penjelasan mudahnya, badan menghasilkan radikal bebas bagi melawan sel-sel tidak baik termasuk sel kanser. Jika anda menyekat mekanisma badan yang secara semulajadi dengan pengambilan pelbagai vitamin terutama yang dikatakan sebagai antioksidan, anda menyekat kebolehan semulajadi tubuh untuk bertindak sendiri melindungi anda, satu proses fisiologi dan sistem yang masih belum difahami sepenuhnya. Kita tidak boleh menganggap mengambil makanan tambahan sebagai memenuhi keperluan nutrisi seharian berbanding makanan sebenar.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment