MY FOLLOWERS

Tuesday, June 3, 2014

Artikel - Orang Gila Tengah Padang ?? :-D

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Dalam arena sukan dunia, saat apabila ada peminat yang agak gila meluru masuk ke tengah padang merupakan antara saat yang paling diingati walaupun tindakan golongan mereka agak mengarut. Kehadiran pelari tanpa pakaian atau dipanggil streaker (bukan striker) menambahkan lagi unsur hiburan dalam acara sukan tersebut dan membuatkan sebilangan penonton bersorak di samping menyaksikan perlawanan yang sedang berlangsung. 

Pelbagai kerenah mereka mungkin menggelikan hati penonton apabila ada yang datang dalam keadaan tersebut bagi mendekati pemain yang diminati, memberikan sepakan gol percuma ketika perlawanan malah ada yang berlagak macam mereka juga pemain dalam sukan itu, sehingga terpaksa dikejar dan ditangkap oleh pengawal keselamatan yang bertugas kerana dikira mengganggu perlawanan. Pegawai yang bertugas menyifatkan mereka ini sangat mengganggu sementara ada pemain menyifatkan kemunculan mereka secara tiba-tiba agak menggelikan hati. Salah satu insiden apabila seorang wanita tiba-tiba berlari ke tengah padang di Stadium Luigi Ferraris hanya dengan memakai bikini dan bendera Sampdoria ketika perlawanan menentang Napoli yang disifatkan agak membosankan. 

Negara kita dikira bernasib baik kerana tidak pernah terjadi perkara sebegini. Insiden-insiden gangguan seperti pantulan laser daripada penonton sahaja pun sudah membuatkan akhbar tempatan 'bising'. Insiden penonton merempuh masuk ke stadium dan mengejar penjual tiket secara beramai-ramai ekoran berang tidak dapat membeli tiket perlawanan juga hangat diperkatakan sedikit masa lalu, itu pun terjadi bukan ketika perlawanan berlangsung. Lebih baik lagi, dalam keadaan semuanya berpakaian :-) 



Adoii...rosak game aku...



Versi yang 'dipadamkan'  :-D




KLIK SINI dan anda akan bertanggungjawab atas tindakan anda sendiri. Hahahaha :-D


No comments: