Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Xiaomi, mungkin satu nama yang agak asing bagi telefon pintar, jauh lagi daripada jenama seperti Apple dan Samsung. Satu berita tersebar di laman media China, Sina Weibo ialah mengenai telefon Xiaomi Mi2S secara tiba-tiba terbakar dalam beg tangannya. Foto yang sempat dirakam menunjukkan telefon tersebut mencair menjadi kepingan plastik cair dan beg tangan tersebut musnah. Wanita tersebut hanya cedera ringan pada jari.
Pihak Xiaomi tidak memberikan sebarang komen. Sebahagian pengkritik menyatakan insiden ini sebagai merosakkan reputasi gergasi telefon pintar yang sedang naik. Ia turut mencetuskan kebimbangan di kalangan pengguna jika peralatan mereka bakal menerima nasib yang sama atau tidak menerima ganti rugi. Tahun lalu, Samsung mendapat liputan utama apabila mereka enggan menggantikan Galaxy S4 milik pelanggan apabila ia terbakar setelah ditinggalkan sekejap untuk dicas. Lebih memalukan buat jenama terbesar dalam industri ini apabila pesaingnya, Nokia menawarkan kepada pelanggan mereka produk Lumia sebagai ganti rugi.
Kini Xiaomi bakal berdepan keadaan sama ada akan jatuh seperti Samsung atau berjaya berdepan dengan ketidakpuasan pelanggan. Orang awam kini mengharapkan syarikat telefon jenis Android memberikan khidmat pelanggan yang lebih baik. Insiden ini juga bertentangan dengan apa yang diiklan mengenai pemproses Xiaomi terbaru, Mi3. telefon tersebut hanya menggunakan pemproses Snapdragon 800 MSM8274AB dan bukannya versi Snapdragon 800 MSM8974AB yang diiklankan.
Insiden telefon terbakar bukanlah perkara baru dan siasatan mendapati kecacatan dari kilang bukanlah akibatnya. Sebab utamanya ialah bahagian dan pengecas digunakan bukan daripada yang dibekalkan. Menurut wanita tersebut, dia tidak menggunakan bahagian lain yang bukan daripada pembekal dan pasti ada penjelasan daripada syarikat Xiaomi berikutan hal ini.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment