MY FOLLOWERS

Saturday, June 14, 2014

Kesihatan - Cara-cara Menghilangkan Sakit Kepala - III

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Berhenti kunyah gula-gula getah - Boleh memberikan tekanan kepada rahang. Itulah yang dinyatakan dalam kajian di Tel Aviv University. Pengkaji mendapati daripada 30 remaja dan dewasa, 26 daripada mereka menunjukkan peningkatan simptom sakit kepala apabila mereka berhenti dengan tabiat ini. Dr Loder juga menyatakan pesakitnya kerap merungut kerana kerap berjumpa doktor gigi kerana masalah mulut terbuka bagi tempoh lama juga memberikan mereka sakit kepala.


Makanan pembuka selera - Mereka yang kerap diserang migrain biasanya akan mengelak makan sesetengah jenis makanan seperti daging yang diawet. Dr Loder menyatakan agak sukar untuk menentukan sama ada mereka sebenarnya ada sakit kepala dan mencadangkan pesakitny agar prihatin dengan diet mereka dan melihat kepada corak pemakanan mereka yang berkait rapat dengan sakit kepala yang mereka alami.


Mengelakkan situasi yang merangsang - Bunyi bising, suasana sibuk, bau wangian yang kuat, atau menonton filem dalam keadaan gelap, antara suasana pencetus kepada masalah ini. Walaubagaimanapun, satu kajian pada 2013 dalam jurnal Nerology menyatakan ia sebenarnya tidak seperti yang dibayangkan oleh penghidap migrain. Apabila pesakit mereka bersenam kuat selama sejam dan kemudian mendedahkan mereka kepada cahaya terang atau berkedip, hanya 22% daripada mereka menunjukkan tanda serangan migrain.




Duduk depan bila naik kenderaan - Mabuk naik kenderaan adalah perkara biasa tidak kira bot, kapal terbang atau kereta. Mengambil makanan tambahan yang mengandungi halia mungkin membantu. Paling mudah, duduk depan supaya dapat melihat pemandangan dengan lebih jelas seperti pemandu kereta yang sentiasa tidak mengalami sakit ketika memandu. Cara paling mudah sakit kepala bila duduk di belakang dan lagi teruk kalau menonton video atau membaca ketika itu. Ini kerana ia akan menyebabkan gangguan antara mata dan telinga yang menjejaskan keseimbangan setersunya mual dan sakit kepala.


Tetapkan jadual - Salah satu punca migrain ialah kurangnya tidur. Dalam satu kajian pada 2005 yang diterbitkan dalam jurnal Headache menyatakan mereka yang tidur purata selama 6 jam secara signifikan mengalami sakit kepala yang teruk apabila bangun pagi berbanding mereka yang tidur secara rutin. Terlebih tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala jika anda cuba mengubah jadual.



Gunakan peralatan - Teknik ini memerlukan pesakit dipantau keadaannya menggunakan peralatan tertentu bagi mengukur ketegangan otot, suhu kulit, kadar degupan jantung, dan tekanan darah bagi mengawal fungsi tubuh secara normal. Satu kajian dari Universiti Wake forest pada 2011 menyatakan terapi tingkah laku seperti ini lebih jimat kos berbanding pengambilan ubat-ubatan untuk sakit kepala. Jika anda tidak suka tubuh disambung dengan beberapa elektrod, mungkin boleh cuba kaedah terapi tingkah laku kognitif dan anda boleh belajar teknik strategi rehat seperti meditasi dan pernafasan.


Pengambilan vitamin - Sesetengah kajian mencadangkan pengambilan vitamin dan tambahan bagi mengurangkan sakit kepala yang berulang, walaupun terdapat pilihan berbeza untuk orang yang berbeza. Coenzyme Q10, vitamin yang terdapat dalam daging dan makanan laut, dan magnesium juga boleh membantu mengurangkan kekerapan sakit kepala. Dinasihatkan sebelum mengambil apa-apa jenis vitamin pun, dapatkan dahulu nasihat doktor untuk mengelakkan sebarang komplikasi dan anda boleh mengambilnya dengan selamat.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Sambungan Bahagian 1 dan Bahagian 2 sebelum ini.

No comments: