MY FOLLOWERS

Saturday, June 7, 2014

Berita - Grading Karate SMKSA 5.6.2014

Kredit kepada: kksmksa
Gambar ihsan: kksmksa


Assalamualaikum.....
 
Satu lagi ujian atau grading diadakan bagi ahli kelab karate Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Losong pada 5.6.2014. Ujian ini diadakan di dewan besar sekolah ini jam 2.00 petang. Seramai 8 orang ahli mengambli ujian ini bagi kenaikan putih ke kuning seramai 4 orang, kuning ke oren (2 orang) dan biru ke ungu (2 orang). Ujian ini dikendalikan oleh 2 orang sensei merangkap jurulatih mereka iaitu Sensei Hassan Ahamat dan Sensei Zul Imran Ahmad. Turut hadir ialah guru penasihat kelab iaitu Puan Nor Aini Razip. 

Antara aspek yang diuji dalam ujian kali ini ialah kihon/asas. kime, waza, timing, gohon kumite/5 step sparring, shiai kumite/free sparring serta kata. Untuk setiap tahap, kata yang perlu ditunjukkan adalah berbeza. Bagi tali pinggang putih, hanya Taikyoku Shodan, bagi tali pinggang kuning perlu tunjukkan Heian Shodan manakala bagi yang biru perlu tunjukkan kata Heian Yondan, Heian Godan dan Tekki Shodan. Keputusan ujian diumumkan pada hari yang sama dan selepas penilaian dibuat oleh jurulatih. Berdasarkan keputusan, semuanya lulus dan naik ke peringkat seterusnya. Sebagai rekod, sejak dari tahun 2012 belum ada lagi mana-mana ahli yang menyertai kelab ini yang dapat naik 2 tangga atau mendapat double promotion dalam ujian yang diambil. Pun begitu, jurulatih dan guru yang hadir berpuas hati dengan ujian kali ini.














Ujian ini diakhiri dengan sedikit jamuan makan yang disediakan oleh guru penasihat. Tahniah kepada semua ahli yang telah lulus.


No comments: