MY FOLLOWERS

Thursday, June 19, 2014

Jalan-jalan Cari Makan - Resipi: Buat Popia

Kredit kepada: Yahoo Entetainment
Gambar ihsan: Google Images
 

Assalamualaikum.....

 



Bulan puasa sudah dekat. Mahu beli atau buat sendiri? Itu terpulang kepada anda... Hehehe

Kalau mahu buat sendiri, maka anda perlukan beberapa bahan.

Sekarang ini kulit popia sudah banyak dijual di kebanyakan pasar basah. Kalau terasa malas untuk membuatnya, baik beli sahaja. Yang tinggal, buat isinya, masak dan hidangkan. Kalau anda rajin, maka kenalah tahu daripada bahan yang diperlukan sehinggalah cara membuatnya. Kulit popia ialah krep nipis seperti lempeng, dibuat dengan campuran tepung gandum dan tepung ubi. Doh basah dibentuk menggunakan campuran dua tepung ini. Lapisan nipis daripada doh ini 'digosok' atas plat panas secara membulat untuk membentuk kulit popia ini. tidak boleh terlalu panas sebab akan menjadikannya keras dan tidak fleksibel. Kemahiran membuat kulit popia dengan baik sangat diperlukan dalam hal ini.

Tidak kiralah di mana pun anda berada dalam negara ini, popia sudah banyak dijual di merata-rata dan tiada bezanya, cuma ramuan dalamnya sahaja yang mungkin berbeza bergantung kepada kepandaian dan kreativiti penjualnya. Biasanya isinya terdiri daripada lobak yang dipotong halus, kekacang, taugeh, telur, sosej, dan daun salad. Sos pencicahnya dibuat daripada kuah kacang dicampur dengan sedikit sos cili. Untuk tambah perasa, bawang goreng dibubuh atas isinya sebelum ia digulung.


Di sini cara mudah untuk buat popia:

Untuk bahagian isi:

3 sudu teh minyak masak
4 ulas bawang putih dicincang
1 kacang yam/jicama (kira-kira 600g-800g) dicarik-carik
300g lobak dicarik-carik
300g kacang perancis dihiris nipis
6 keping cendawan shitake yang dikeringkan dan direndam dalam air suam untuk dilembutkan kemudian dihiris nipis
400ml air masak
Garam, gula dan lada


Caranya:

Panaskan minyak selama 2-3 minit. Masukkan bawang putih dan kacau
Masukkan kacang yam, lobak, kacang perancis dan cendawan dan kacau lagi selama 3 minit
Masukkan air dan perasa
Tutup kuali dan biarkan selama 20 minit sampai sayur jadi lembut



Resipi sambal udang kering

4 sudu teh minyak masak
200g cili kering direndam dalam air suam untuk dilembutkan, dibuang biji dan dikisar halus
200g bawang merah + 30g belacan dikisar bersama
300g udang kering dilembutkan dalam air suam dan dikisar kasar
200ml air
Garam dan gula secukup rasa


Caranya:

Panaskan minyak dalam kuali
Masukkan cili kering, bawang merah dan udang kering yang semuanya sudah dikisar. Kacau selama 5 minit
Masukkan air, garam dan gula secukup rasa ikut suka anda, teruskan kacau hingga sambal kering.



Bahan-bahan lain:

1kg kulit popia
Sos kacang manis
Daun salad dibasuh dan kering
Tauge yang dicelurkan dalam air panas selama 2 minit dan dikeringkan
Telur dadar dicincang halus
6 keping tofu putih digoreng dan dipotong
100g isi ketam digoreng dan dipotong panjang
Bawang merah digoreng dan bawang putih


Sambungkan popia:

Calitkan sedikit sos kacang manis pada kulit popia
Letakkan daun salad dan tauge atasnya
Cedukkan 2-3 sudu teh kacang yam/jicama dan letak atas tauge
Masukkan telur dadar, tofu, sosej, isi ketam, sambal, bawang goreng dan bawang putih atas tauge
Lipatkan kedua-dua bahagian hujung kulit popia dan gulungkannya, tekan sedikit ketika menggulung supaya isinya padat.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

MAKANNN !!!

No comments: