MY FOLLOWERS

Thursday, June 19, 2014

Artikel - Istilah Dalam Perbankan Islam

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Harap-harapnya betullah apa yang saya fahami di sini, daripada artikel asalnya...


Pinjaman peribadi secara umum

Gharar - Merujuk kepada perjanjian kewangan secara tidak adil atau yang mengandungi unsur yang berlebihan, meragukan, mengelirukan, berisiko. Ringkasnya, melibatkan pelaburan berisiko tinggi dengan akibat yang tidak diketahui. Contoh: judi

Hibah - Oleh sebab riba adalah dilarang dalam Islam, bank sebaliknya boleh menggantikannya dengan memberikan hadiah atau pemberian kepada pelanggan mereka selaku pemegang akaun. Mungkin ia seakan sama dengan riba/faedah diberikan oleh bank-bank konvensional tetapi hibah adalah atas budi bicara pihak bank itu sendiri sahaja secara sukarela.

Wadiah - Berkonsepkan jagaan atau amanah dan merujuk kepada deposit yang dimasukkan oleh pelanggan ke dalam akaun mereka. Imbal baliknya, pelanggan akan mendapat hibah daripada bank tersebut. Konsep ini juga digunakan dalam perkhidmatan lain seperti kotak deposit dan penjagaan.


Untuk pembelian kenderaan

Ibra’ - Ringkasnya, penepian tuntutan. Merupakan penepian untuk mengutip sejumlah wang yang dihutang bila pelanggan selesai membayar pinjaman melepasi tempoh pembayaran yang dipersetujui. Maknanya bank hanya akan kenakan caj sehingga ke tarikh pembayaran tersebut bukannya berdasarkan seluruh terma yang dipersetujui dalam perjanjian. Ini hanya digunakan dalam perjanjian sewa beli. Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan garis panduan untuk Ibra bagi menggalakkan lebih banyak institusi kewangan Islam mengamalkannya.

Ijarah Thumma Bai’ - Pendekatan Islam dalam pinjaman secara sewa beli. Proses ini melibatkan kontrak secara 2 fasa, antara bank dan penghutang. Berbanding meminjamkan wang, bank mendapat kenderaan tersebut bagi pihak pelanggan berkenaan dan memajakkannya kepada pelanggan tersebut mengikut terma perjanjian yang dipersetujui dan harga. Bahagian ini dipanggil Ijarah. Bila tempoh pegangan sampai kepada bahagian kedua kontrak, Bai akan mula berperanan berlakunya pembelian dan pemindahan hakmilik kenderaan tersebut.

Qard - Ringkasan Qard Hassan bermaksud baik atau pinjaman berkebajikan. Merupakan pinjaman tanpa faedah diberikan atas dasar muhibah untuk satu tempoh yang ditetapkan. Peminjam tidak dicaj dengan faedah tetapi mungkin perlu bayar lebih daripada jumlah pokok sebagai penghargaan. Ia adalah atas budi bicara peminjam dan bukan jaminan dalam setiap transaksi.


Untuk yang mencari rumah

Murabahah - Konsep ini tidak boleh diistilahkan sebagai pinjaman tetapi lebih kepada pembelian sesebuah komoditi atau harta yang kemudiannya dijual kepada pelanggan mengikut jadual bayaran tertangguh termasuk jumlah keuntungan. Seperti juga Ijarah Thumma Bai, ia adalah jualan bukannya kemudahan kewangan. Sebelum transaksi dipersetujui, penjualnya mesti mengemukakan maklumat lengkap kos sebenar, margin keuntungan dan semua caj yang dikenakan ke atas aset tersebut. Kejelasan maklumat ini bagi memastikan semua perjanjian kewangan dibuat dalam sebaik keadaan dan melindungi kepentingan kedua-dua dan mematuhi terma sebagai jualan dan bukannya pinjaman. Murabahah tidak boleh menjejaskan hal lain yang bukan komoditi atau harta yang boleh dijual seperti pembayaran gaji atau hutang.

Musharakah - Satu bentuk kerjasama dengan kontrak dinyatakan antara dua atau lebih ramai pihak dan keuntungan dikongsi berdasarkan kadar untung-rugi yang dipersetujui. Dalam konteks hartanah dan harta, bank akan membantu dalam hal sewa dan berkongsi kadar sebelum perjanjian dimeterai. Terma ini ada dalam pinjaman perumahan Islamik.


Wakalah - Konsep islamik bagi 'power of attorney'. Dalam hal ini, bank akan bertindak sebagai mewakili pelanggan itu untuk berurusan dengan bisnes yang dijalankan. Ia merupakan satu 'perkhidmatan pelaburan' yang ditawarkan oleh pihak bank menurut prinsip Syariah. Di bawah sistem Wakalah ini, bank berhak untuk kenakan caj bayaran bagi 'perkhidmatan pelaburan' yang diberikan. Jika dibatalkan, pelabur akan diberikan jumlah amaun yang dilaburkan selepas bayaran yang diperlukan sudah ditolak.
 

KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: