Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Rutin pagi seseorang dilihat amat
penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun
memulakan tugasan sebagai pelajar.
Tidak kiralah anda seorang
ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik
beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.
Jika kita di Malaysia,
pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti nasi lemak, roti canai dan juga minuman manis seperti teh tarik adalah
kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan
lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti
tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.
Oleh yang
demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai
setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan
nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikan kombinasi tersebut.
Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon
kaya dengan vitamin C dan juga potassium yang amat diperlukan badan.
Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala potassium mampu
melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh
yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon
untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu,
perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.
Keseimbangan PH
Lemon
merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak,
lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya
alkai (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah
metabolism kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali
dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi
mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan
rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan kerana lemon
mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi dimana ianya mampu melawan
kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di
dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang
demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan
rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.
Masalah penghadaman
Bagi
mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tips ini
kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati
manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu
perjalanan sistem penghadaman anda.
Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon
menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa (bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik). Oleh yang
demikian, jika anda amalkan minum minuman begitu, tahap kebersihan air
kencing anda akan meningkat dan sihat.
Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan
cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan
menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang
tidak menentu. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.
Penyahhaidrasi
Air yang mencukupi amat penting
untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu
menghalang keletihan dan penyah-haidrasi. Apabila badan anda mengalami
penyah-hidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang
mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan
lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan
kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam
badan yang membawa kepada stres.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment