MY FOLLOWERS

Saturday, June 7, 2014

Kesihatan - Ujian Multimarker Untuk Pesakit Strok dan Jantung

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Berdasarkan satu kajian yang dibentangkan di mesyuarat tahunan International Society of Pharmaco Economics and Outcomes Research (ISPOR) di Quebec menyatakan beribu-ribu kes sakit jantung dan strok dapat dielakkan serta jutaan dollar kos berkaitan perubatan dapat dijimatkan jika para doktor menggunakan strategi dan kaedah yang lebih tepat bagi mengenalpasti pesakit berisiko. Kajian awalnya adalah bagi menganalisa kesan secara klinikal dan kewangan bagi menambah ujian darah multimarker berbanding ujian kolesterol yang standard. Ujian terbaru memeriksa keadaan sampel darah pesakit bagi 3 penanda bio keradangan yang mungkin menunjukkan tanda awal risiko sakit jantung dan strok. Setiap penanda bio berharga $20 ke $50. 

Strategi yang dipertingkatkan bagi mengesan penyakit kardiovaskular tersembunyi sangat diperlukan dengan 30% daripada penghidapnya mempunyai kematian yang selalunya sebagai simptom pertama, kata Marc Penn, penulis dan ketua kajian serta pengarah kajian di Summa Cardiovascular Institute merangkap ketua pegawai perubatan di CHL. "Menambah ujian keradangan kepada ujian kolesterol yang standard hanya memerlukan kos yang rendah dengan potensi besar bagi menyelamatkan nyawa dan menjimatkan kos," katanya. Ujian multimarker mampu mengesan pesakit berisiko pada 37-43% lebih banyak berbanding yang dikesan menerusi pemeriksaan LDL bagi kolesterol. Kajian ini melibatkan 95,000 orang pesakit diterbitkan dalam Future Cardiology.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: