MY FOLLOWERS

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan 2014 - Sejarah Disyariatkan Berpuasa di Bulan Ramadan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Berpuasa di bulan Ramadan adalah merupakan ibadah yang diwajibkan bagi umat Islam di seluruh dunia untuk melaksanakannya. Pengertian puasa dari segi bahasa membawa maksud menahan diri daripada sesuatu sama ada percakapan atau pun makanan. Berpuasa dalam bahasa arab dikenali sebagai "Sawm" dan ibadah ini merupakan antara salah satu daripada rukun Islam.

Sebagai seorang yang beragama Islam, perlunya kita sebagai hamba Allah SWT memahami dan mengetahui tentang sejarah ibadah ini supaya membolehkan kita lebih jelas maksud dan tujuan ianya dilakukan pada setiap tahun.

Ibadah berpuasa dalam bulan Ramadan telah disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah melalui firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 183 dan 184 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa. Iaitulah pada hari-hari yang ditetapkan.

"Barangsiapa dari kalangan kamu yang sakit atau bermusafir, maka gantilah puasa yang kamu tinggalkan itu pada hari-jari yang lain (di luar bulan Ramadan).

"Dan wajiblah ke atas mrereka yang tidak berdaya untuk berpuasa itu membayar iaitu memberi makan kepada seorang miskin.

"Maka barangsiapa yang melakukan kebaikan secara sukarela maka ia adalah suatu kebaikan bagi dirinya. Sesungguhnya berpuasa itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

Sebelum turunnya ayat ini, umat Islam wajib berpuasa pada 10 Muharram yang juga dikenali sebagai Hari 'Aasyura. Setelah turunnya ayat tersebut, maka puasa wajib 10 Muharram telah dijadikan puasa sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk melakukannya.

Ibadah berpuasa diwajibkan ke atas umat Islam terdahulu secara berperingkat dan mempunyai banyak hikmah disebalik kejadian ini. Pada mulanya, umat Islam hanya dibenarkan makan dan minum selepas berbuka sehinggalah mereka menunaikan fardhu Isyak atau tidur. Apabila mereka menunaikan solat Isyak atau tidur, maka tidaklah lagi mereka dibenarkan makan dan minum sehingga tamatnya waktu berpuasa.




KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: