MY FOLLOWERS

Wednesday, June 11, 2014

Kesihatan - Perkara-perkara Yang Menggelikan Dari Kolam Renang

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 
 
Assalamualaikum.....



"Selama 100 tahun kita telah menggunakan klorin untuk membunuh kuman," kata Michelle Hlavsa, R.N., M.P.H., pakar wabak penyakit di Division of Foodborne, Waterborne, and Environmental Disease di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). Mengawal tahap klorin  bukan sahaja penting sebelum masuk ke kolam renang tetapi ia adalah untuk setiap masa. Ini kerana virus seperti norovirus, E. coli, dan salmonella masih boleh hidup sebelum klorin dimasukkan ke dalam air. Perenang yang tidak sedar mereka membawa virus akan menjangkiti orang lain ketika sebelum bahan kimia dimasukkan. Lebih buruk lagi ada sesetengah virus tahan dengan klorin dan masih boleh hidup bila klorin di tahap paling rendah. Di bawah ini disenaraikan sebab kenapa anda perlu lebih teliti dengan aspek kebersihan kolam renang anda dan untuk elakkan orang lain turut dijangkiti penyakit bawaan anda tanpa disedari. 

Kimia dari urin (eeeiiiii.....) - Keadaan mata menjadi merah selepas masuk ke kolam renang bukanlah sebab klorin. Ia disebabkan oleh percampuran antara klorin dengan segala macam bahan lain yang masuk dalam air yang datang dari tubuh perenang lain seperti urin, kuman, peluh, dan alat solek. Campuran ini yang membentuk kloramin yang meningkat bergerak dalam udara dan menyebabkan iritasi. Kajian dari Universiti Purdue mendapati urin yang termasuk dalam kolam bukannya tidak berbahaya seperti sangkaan ramai tetapi yang berbahayanya ialah bila asid urik yang bercampur dengan klorin dalam air kolam membentuk klorida sianogen dan trikloramin, sejenis kompaun bersifat toksik yang memberi kesan pada peparu, jantung, hati dan sistem saraf pusat. Untuk mengelakkan ini berlaku, sediakan tempat mandi dan perenang digalakkan mandi dahulu sebelum berenang dan letakkan Larangan Kencing untuk kebaikan semua orang. 

Partikel dari najis (eerrrkk...) - Kriptosporidium ialah sejenis kuman yang menyebabkan cirit-birit yang teruk dan menyumbang 42% insiden berkaitan kolam yang tercemar. Ia sangat tahan klorin dan boleh terus hidup sehingga 10 hari dalam kolam ketika bakteria lain sudah musnah. Jika seorang perenang ada masalah usus ketika dalam kolam, alamatnya dia boleh membebaskan berjuta-juta kuman ini. Perenang lain akan dijangkiti apabila mereka tertelan air yang tercemar ketika berenang. Dalam banyak kes cirit-birit kita tidak akan tahu siapa yang akan kena. Jadi sekiranya tahu terdapat mana-mana perenang yang sakit secara tiba-tiba, cara terbaik ialah dengan memasukkan klorin pada jumlah 20 kali ganda daripada biasa. Prosedur ini sebenarnya rumit dan perlu dilakukan dengan betul, jadi jika ia berlaku anda perlu dapatkan khidmat syarikat pembersihan untuk melakukannya. 

Bakteria degil - Jika kita rasakan kepanasan daripada air panas itu dapat membunuh kuman, sebenarnya tidak. Ini kerana bakteria sukakan keadaan panas dan persekitaran lembab. Sejenis kuman dipanggil legionella, sukakan air hinggakan ia mampu melindungi dirinya daripada klorin. Ia menjadi punca paling kerap berlakunya penyakit bawaan air. Lebih teruk, ia juga menyebabkan sejenis pneumonia tahap teruk dipanggil Legionnaires dengan simptom seakan flu seperti sesak nafas, sakit dada dan kekeliruan. cara terbaik, periksa tahap klorin tab mandi anda setiap hari walaupun belum tentu menggunakannya pada hari itu. 

Bakteria penyebab ruam - Ada dalam tab mandi dan kolam renang. Bakteria jenis pseudomonas ini terkenal dengan 2 isu iaitu ruam tab mandi dan masalah pada telinga perenang. Jika duduk terlalu lama dalam tab mandi anda akan dapat ruam berbentuk seperti baju mandi kerana ia menghalang bakteria daripada kulit. Untuk elakkannya, amalkan tabiat tanggalkan baju mandi dan mandi semula dengan menggunakan sabun dan bersihkan baju mandi tersebut. Pseudomonas juga menyebabkan masalah telinga jika air tercemar berada lama dalam telinga, jadi anda perlu keringkan telinga sesudah selesai. Jika merasakan terdapat air tersangkut dalam telinga, gunakan produk telinga berasaskan alkohol untuk membuangnya. Untuk elakkan bakteria ini membiak, gunakan jalur ujian untuk memeriksa kolam bagi mendapatkan tahap klorin dan PH yang betul.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: