MY FOLLOWERS

Wednesday, June 11, 2014

Hiburan - Genius Di Sebalik Tabir Watak Marvel

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Apabila sebut sahaja nama gergasi pengeluar komik Marvel, pasti semua orang akan ingat nama Stan Lee, tetapi syarikat ini juga dikenali sebagai tempat yang dibina oleh artisnya, Jack Kirby. Merupakan seorang paling berpengaruh dalam sejarah penghasilan komik, Jack telah menghasilkan lebih daripada 200 watak untuk komik keluaran Marvel serta DC Comic termasuk Captain America, the Hulk, Iron Man, the Fantastic Four, Thor, dan Spider-Man. 

Sejak disney membeli Marvel pada 2009, filem-filem seperti Captain America, Thor, dan Iron Man menerajui kejayaan besar menerusi francaisnya seperti "The Avengers" yang telah membawa pulangan sehingga $1.5 billion sementara francais X-Men keluaran 20th Century Fox dan Spider-Man keluaran Sony juga mendapat taraf box-office. Pewaris kirby berkata bapa mereka sebagai pemilik sebenar watak-watak berkenaan dan mereka telah meminta mahkamah tinggi bagi mendengar kes mereka bagi mendapatkan semula hakcipta watak-watak tersebut ciptaan bapa mereka yang telah meninggal dunia sekitar 1958 dan 1963. 

Pada 1940an, Kirby telah mencipta watak Captain America, bersama seditor dan penulisnya, Joe Simon, untuk Timely Comics yang kemudiannya menjadi Marvel Comics sekitar 1960an. Keluaran pertama komik ini terjual sebanyak sejuta salinan menurut 'Tales to Astonish: Jack Kirby, Stan Lee, and the American Comic Book Revolution.' Selepas kejayaannya Kirby menyertai Simon di Timely sebagai pengarah seni.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: