MY FOLLOWERS

Sunday, June 1, 2014

Artikel - Satu Masalah Kesihatan Umum di US

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Satu bentuk krisis kesihatan yang serius di Amerika Syarikat masa kini ialah mengenai pornografi. Dalam persidangan yang diadakan mengenai eksploitasi seksual, mereka mencadangkan bahawa ia diletakkan sebagai masalah serius seperti juga merokok di kalangan remaja dan memandu secara mabuk.

"Terdapat satu wabak berbahaya yang tidak dirawat berpunca daripad pornografi. Terdapat jawapan daripada sains yang membuktikan pornografi adalah berbahaya." kata Dawn Hawkins, pengarah eksekutif Morality in Media, yang telah berkempen sejak 1962.

Sidang kemuncak The Coalition to End Sexual Exploitation yang diadakan di Washington mensasarkan untuk melihat masalah ini sebagai masalah sosial yang kompleks yang perlu dijadikan sebagai masalah kesihatan umum. Peserta sidang ini terdiri daripada mereka yang profesional, pekerja sosial, ahli akademik, aktivis menentang perdagangan manusia dan mereka yang pernah terlibat dalam industri filem dewasa.

"Ini adalah perniagaan dengan pengaruh politik yang besar," kata Gail Dines, ahli sosiologi dan profesor di Wheelock College di Boston dan penulis "Pornland: How Porn Has Hijacked Our Sexuality."

Laman web dewasa mendapat jumlah pelawat semakin ramai berbanding Netflix, Amazon dan Twitter yang digabungkan, dan internet kini mempunyai sebanyak 4.2 juta hos bagi laman web dewasa. Kata Dines yang juga bertindak sebagai presiden bagi aktivis feminis Stop Porn Culture.


Miriam Weeks aka Bella Knox


Memetik kata Donny Pauling, bekas penerbit filem dewasa untuk Playboy sebelum berhenti pada 2006 berkata, dia secara peribadi melihat akan kesan buruk bisnes ini ke atas wanita yang terlibat dalam industri ini. dia meragui kenyataan seorang wanita, Miriam Weeks pelajar berusia 19 tahun ketika itu yang masih menuntut di Universiti Duke yang mencetuskan fenomena sedikit masa lalu yang menyatakan begitu 'empowered' bila berada di depan kamera. Pauling sendiri yang pernah mengambil lebih 500 pelakon baru dalam bisnes itu menyatakan tiada seorang pun daripada mereka yang datang semula dan ucap terima kasih. 

Mary Anne Layden dari Universiti Pennsylvania yang merupakan pakar khusus dalam kes trauma berkaitan seksual menyatakan pornografi merupakan faktor yang membawa kepada keganasan seksual yang dirawatnya selaku ahli psikoterapi. Beliau juga mencadangkan jika pihak US Centers for Disease Control and Prevention berminat untuk menangani isu ini sebagai masalah kesihatan umum, ia boleh berjaya seperti mana mereka menangani isu merokok.



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Lagi pautan berkaitan DI SINI dan DI SINI.




No comments: