MY FOLLOWERS

Saturday, May 31, 2014

Artikel - Alkohol Membunuh Seorang Setiap 10 Saat

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Pihak World Health Organization menyatakan bahawa alkohol membunuh 3.3 juta mangsa seluruh dunia, melebihi jumlah gabungan AIDS, tuberkulosis dan keganasan dengan nisbah 1 dalam 20 kematian termasuk memandu dalam keadaan mabuk, keganasan dan penderaan berpunca daripada alkohol. Kajian menunjukkan perbandingan AIDS menyumbang 2.8%, tuberkulosis 1.7% dan keganasan menyumbang 0.9% kematian. 

Negara seperti China dan India yang secara tradisionalnya mempunyai kadar pengambilan alkohol pada paras yang rendah juga menunjukkan peningkatan kepada tabiat pengambilan alkohol apabila warganya menjadi semakin kaya. Mabuk dikaitkan dengan lebih daripada 200 macam masalah kesihatan termasuk kegagalan fungsi limpa dan beberapa kanser. Pengambilan alkohol juga mendorong kepada masalah penyakit berjangkit yang lain seperti tuberkulosis dan pneumonia. 

Banyak kematian berkaitan dengan alkohol juga berpunca daripada penyakit berkaitan kardiovaskular dan diabetes. Kekayaan yang semakin meningkat dalam sesebuah negara atas faktor kenaikan ekonomi juga mendorong kepada pengambilan alkohol. Ini dapat dilihat di negara kaya seperti di Eropah dan Amerika yang mempunyai ramai penduduk yang kaya dan lebih kuat minum, tidak seperti di negara miskin. Tabiat minum minuman keras yang semakin meningkat di China dan India kerana semakin ramai yang menjadi kaya dan menurut pihak WHO lagi, mereka memberi amaran jumlah pengambilan alkohol dalam setahun akan meningkat sehingga 1.5 liter menjelang 2025.




Berdasarkan maklumat statistik 2010, Rusia mencatatkan jumlah sehingga 32 liter setahun diikuti Eropah, Kanada, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan. Walaubagaimanapun, Eropah Timur dan Rusia masih menjadi tuan rumah bagi peminum tegar di dunia. Dilihat pula dari sudut lebih luas, hampir separuh orang dewasa seluruh dunia tidak pernah minum mahupun menyentuh alkohol dan hampir 62% daripada mereka berkata tidak menyentuh alkohol dalam tahun sebelumnya. Di negara yang berpendapatan rendah, menahan diri daripada minum adalah perkara biasa manakala kepercayaan agama dan norma sosial menjadi sebab utama bagi masyarakat Islam bebas daripada pengambilan alkohol.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: