Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kalau sekarang anda sedang menduduki SPM, pentingkah berapa banyak A yang anda dapat dalam sijil anda? Atau pentingkah untuk anda mendapat A bagi semua subjek yang anda ambil? Adakah anda rasakan bos atau pihak majikan anda peduli berapa banyak A yang anda ada? Untuk diri anda sendiri pula, bagaimana? Terfikirkah anda akan kesannya dalam kehidupan sosial anda? Memang tidak dinafikan, ada sesetengah orang yang dari jenis yang digelar 'cepat pick up' dalam belajar, tidak perlukan banyak masa untuk memahami apa yang tertulis di depan kelas, buat sedikit latihan dan semuanya lekat dalam kepala seterusnya boleh keluar bermain dengan sesuka hatinya tanpa risau apa yang akan masuk dalam peperiksaan. Namun, berapa ramaikah manusia sebegini? Selebihnya, kalau mahu berjaya, kena berusaha keras untuk dapatkan sejumlah A yang disasarkan. Bila sudah sasarkan begitu, apa lagi, mulalah dengan bersungguhnya belajar, belajar, belajar.
Ada pula yang bangun awal pagi untuk mentelaah. Banyak masa termasuk waktu petang yang sepatutnya digunakan untuk berada di padang bola atau di gelanggang futsal atau bergembira sekejap bersama kawan-kawan sebaliknya dihabiskan dengan mengadap buku, latihan itu, latihan ini dan bermacam latih tubi. Kesannya, kehidupan sosial bersama kawan-kawan sudah tiada lagi. Bila masuk ke universiti, kuranglah kenangan dalam kehidupan untuk dikenang. Manakala orang lain yang belajarnya sederhana, mereka ada sejumlah kenangan kehidupan bersama kawan-kawan yang agak seronok untuk dikenang. Yang macam mana? Tanyalah diri sendiri.....
Betul juga, bila masuk ke universiti, itu semua sudah tidak penting lagi sebab anda sudah masuk menjurus kepada bidang-bidang tertentu. Pun begitu, kalau dapat keputusan 4.00 setiap semester pun, belum tentu majikan akan pandang sebelah mata. Bukankah semua orang sudah tahu pendekatan pendidikan di universiti kita yang langsung jauh berbeza dengan apa yang dialami dalam alam pekerjaan? Contohnya dalam bidang kejuruteraan. Buku universiti kata lain, bila rasa sendiri bekerja di bidang itu, dapat lain. Banyak sangat teori ke? Ada majikan tidak peduli pun itu semua, sebaliknya mahu tahu apa yang anda mahir untuk buat atau pengalaman berkaitan dan yang praktikal supaya boleh digunakan untuk bekerja dengan mereka. Itu sahaja!
Jadi, tanya semula diri - perlukah aku banyak A atau 4.00 dalam keputusan peperiksaan?!
Baca luahan mamat ni kalau mahu lebih jelas...
No comments:
Post a Comment