MY FOLLOWERS

Thursday, May 22, 2014

Kesihatan - Hindari Tabiat Ini Untuk Kurangkan Berat Badan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Untuk kurangkan berat badan, tinggalkan 5 tabiat ini:

Tinggal sarapan - Biasanya orang akan hanya minum secawan teh atau kopi sahaja untuk mulakan kerja di waktu pagi. Jangkaan mereka, bila tengahari nanti baru betul-betul makan. Sebenarnya sarapan ialah antara menu paling penting perlu diambil, jika mahu kurangkan berat badan. Menurut kajian, mereka yang tidak ambil sarapan lebih cenderung kepada bertambah berat badan berbanding mereka yang mengambilnya. 

Sarapan dengan makan berat - Sementara sesetengah golongan lagi lebih suka terus ambil makanan berat ketika sarapan. Ada yang berpendapat ia boleh membuatkan mereka terus bertahan sehingga tengahari. Walaubagaimanapun, mengambil makanan yang banyak kalori ketika pagi bukanlah idea yang baik, sebaliknya mengambil makanan dengan karbohidrat ringkas seperti kek, pasta, roti putih, lebih baik daripada yang boleh menambah berat. 

Kurang makan - Biasa juga bila orang anggap kurang makan akan bantu mereka kurangkan berat badan tetapi makan 5-6 kali hidangan kecil lebih membantu daripada makan 2-3 kali hidangan berat. Kekerapan makan pada jumlah kecil membantu tubuh untuk kenyang lebih lama, lebih memberikan anda tenaga, dan mengekalkan berat badan kerana cara ini membolehkan metabolisme anda terus aktif dan membakar kalori. Tidak makan dalam tempoh yang lama menyebabkan tubuh membebaskan kortisol, iaitu hormon ketika menghadapi stres. Ini akan membuatkan anda jadi lapar dan makan lebih banyak selepas itu. 

Makan dengan cepat - Sebenarnya ini langsung tidak membantu untuk turunkan berat badan. Ini kerana bila cepat habiskan makan, perut akan cenderung untuk makan lagi. Lebih baik jika ambil masa ketika makan itu untuk kunyah dan habiskan makan dengan tertib. Ia juga membantu perut untuk menghadam makanan dengan lebih baik. 

Makan lewat malam - Tabiat ini disebabkan oleh corak tidur yang terganggu. bila terjaga hingga lewat malam, tubuh akan berikan isyarat mahukan makanan yang membuatkan anda mahukan sesuatu untuk dikunyah. Jika betul mahu kurangkan berat badan, makan malam sekitar 8.30 malam dan jadikan itu makanan terakhir untuk hari itu. 

Pun begitu, amalan senaman jangan dilupakan.


KLIK SINI untuk ketahui selanjutnya dan senarai makanan untuk bantu kurangkan berat badan


No comments: