Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.........
Berjam-jam dihabiskan bermain permainan video depan skrin komputer atau tv dikira sebagai membazir masa? Dalam era digital zaman moden ini, boleh dikatakan hampir semuanya sudah berubah kepada digital dan elektronik. Tidak kira dalam penghasilan filem, kartun, perisian, perkilangan, automotif, senjata ketenteraan dan pelbagai lagi. Semakin hari sudah semakin sukar pula untuk menemui kalau-kalau ada mana-mana lagi produk analog seperti dahulu.
Apa sebenarnya yang difikirkan oleh mereka yang gila bermain permainan video ini ketika mereka di zaman sekolah? Bagi kita di Malaysia ini, adakah sesiapa antara mereka terfikir kalau mereka boleh bercita-cita menjadi salah seorang yang bergiat dalam industri permainan video yang penuh dengan kreativiti dan bukan sekadar menjadi pemain? Secara realitinya ramai yang masih belum tahu bahawa di seluruh dunia kini sudah beribu-ribu orang yang serius dan seronok bekerja dan menjadi ganjaran yang lumayan bila mereka terlibat dalam industri ini.
Kerja ini tidak sekadar menguji permainan atau membuatnya tetapi jauh lagi. Mereka yang terlibat dalam industri permainan video dikira golongan profesional yang membuat permainan untuk pelbagai platform seperti komputer, peranti mudahalih, jaringan media sosial dan banyak lagi. Mereka yang terlibat dalam aspek pemasaran memang diakui perlu ada kepakaran dalam pengurusan perniagaan atau pemasaran. Terdapat berjuta peluang pekerjaan dan jawatan dalam industri ini.Pakar-pakar dalam bidang permainan video percaya pendidikan dan latihan yang dimiliki akan lebih bernilai jika ditambah dengan kemahiran dan minat yang bersungguh-sungguh.
Industri ini juga memerlukan mereka-mereka yang kreatif, berbakat dan berkelayakan untuk menerajui bidang ini. Ringkasnya, antara bidang spesifik yang memerlukan kelayakan khusus:
Seni dan rekaan/Art and Design - Artis yang terlibat dalam bidang ini perlu mencipta imej seperti objek, bangunan, landskap dan watak berkaitan. Kebanyakan permainan video hari ini dibangunkan menggunakan perisian 3D untuk mencipta grafik dan animasi.
Programming and Coding - Merupakan jantung kepada seluruh proses. Pasukan yang memprogram video sebenarnya antara mereka yang menjadikan permainan ini berfungsi dengan baik. Terdapat banyak bidang di bahagian programming ini termasuk AI: kawalan watak, gameplay, enjin grafik, dsb.
Bunyian dan muzik - Pereka bunyi dan jurutera audio antara yang terpenting dalam membangunkan permainan video dan semua proses yang terlibat. Bergantung kepada berapa besarnya saiz syarikat tersebut, bahagian audio biasanya mempunyai seorang atau 2 orang yang bertanggungjawab mencipta dan menghasilkan muzik, kesan bunyi, merakam dialog, dan menyelia prestasi.
Penguji permainan - Bahagian QA (Quality Assurance) ini bertugas memastikan kualiti produk dihasilkan berada pada tahap sebagaimana disasarkan. Antara tanggingjawab mereka yang bekerja dalam bahagian ini ialah mengenalpasti dan mencari kesilapan pada permainan supaya dapat dibetulkan.
Bahagian penerbitan, pengurusan dan pembuatan - Bahagian pembangunan dan penerbitan biasanya diasingkan. Bahagian Penerbit External biasanya akan terlibat sama dengan pemasaran dan penjualan dan memastikan ia kekal dengan konsep yang diperkenalkan. Adakalanya ia lebih kreatif daripada Pengurus Projek dan kedua-duanya bertanggungjawab dalam hal bajet, jadual dan laporan yang perlu dihantar.
Pengurus Pemasaran - Antara yang penting dalam menajayakan bisnes ini termasuk PR, pemasaran, bahagian sumber manusia, pengurusan, dan sokongan IT.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment