MY FOLLOWERS

Sunday, May 11, 2014

Sekadar Luahan - Catatan Perjalanan Tganu-Penang 6-9.5.2014: Day III

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Hari ketiga: 9.5.2014

Kami semua mendaftar keluar jam 8.30 pagi dan bukannya jam 2.00 petang seperti dijadualkan dalam surat yang kami terima. Selepas sarapan, kami menaiki bas ke pulau melalui jambatan Pulau Pinang yang lama, bukannya yang baru. Memanglah tidak sedar bila masa bas bergerak semula ke bahagian tanah besar ini sedang mata asyik melayan filem Tokan yang dipasang. Genre filem yang bukanlah pilihan saya dan sejujurnya agak bosan.  :-P







Sedar-sedar sahaja, bas sudah melalui kawasan Baling sebelum ke kawasan Kampung Tiak untuk masuk ke jalan di Banjaran Titiwangsa dan Hutan Royal Belum. Sampai di perhentian di puncak Titiwangsa, kami berehat sebentar untuk makan tengahari dan bersolat sebelum meneruskan perjalanan sekitar jam 2.00 petang. 


 

Kami tiba di Bukit Bunga, Kelantan sekitar jam 3.30 petang. Kawasan perhentian sekitar Bukit Bunga ini terletak berhampiran stesen minyak Petronas dan terkenal dengan deretan kedai yang menjual produk tempatan seperti kuih apit-apit, asam, manisan, pakaian dan pelbagai patung bantal saiz besar. Semuanya dengan harga yang murah :-) Perjalanan kali ini lebih mudah apabila kami masuk ke lebuhraya baru yang melalui kawasan Tepuh dan sampai ke Bukit Payung. Kami semua selamat kembali ke kolej jam 7.30 malam.

No comments: