MY FOLLOWERS

Monday, May 5, 2014

Kesihatan - Tempoh Optimum Untuk Tidur dan Kekurangan Memori

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



 
7 jam! Itulah tempoh optimum sebagaimana menurut kajian terbaru yang melihat kepada aspek hubungan antara tabiat tidur dan kekurangan memori selaras dengan usia. Kajian yang dijalankan di Brigham and Women’s Hospital di Massachusetts mendapati wanita pertengahan usia sama ada yang tidur lebih atau kurang berdepan masalah memori di kemudian hari. Perkara sama dilihat di kalangan wanita dengan perubahan waktu tidur melebihi 2 jam dan mendapati mereka meningkatkan risiko terjejas memori berbanding mereka yang sentiasa tidur dengan tempoh yang konsisten. 

Berbanding mereka yang dapat tidur selama 7 jam, mereka yang tidur kurang daripada 5 jam atau melebihi 9 jam menunjukkan kekuatan memori yang kurang. Kajian awal dibentangkan pada 2012 di Alzheimer's Association International Conference dan kini diterbitkan dalam The Journal of the American Geriatrics Society.


 

KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: