MY FOLLOWERS

Sunday, May 11, 2014

Artikel - Busur dan Panah

Kredit kepada: Wiki
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Panah jenis recurve


Memanah ialah satu seni atau kemahiran yang dipraktikkan dengan melancarkan anak panah menggunakan busur. Perkataan archery dalam Bahasa Inggeris datangnya daripada perkataan Latin, arcus. Sepanjang sejarah, panah digunakan bukan sahaja sebagai sukan tetapi juga dalam peperangan. Sementara dalam era moden masa kini, ia banyak digunakan sebagai salah satu acara sukan dan aktiviti rekreasi. Dalam Bahasa Inggeris, perkataan pemanah dipanggil 'archer' atau 'bowman'. Dalam skop lebih meluas, perkataan 'bowman' juga bermaksud pengayuh atau pendayung (sampan, perahu atau seumpamanya). 

Panah menjadi salah satu senjata dalam peperangan secara besar-besaran di banyak negara seperti Jerman, Mesir, Parsi, India, Korea, Jepun serta Turki. Dikatakan, panah terawal digunakan di Hamburg, Jerman sekitar 10,000-9000 SM dan anak panah dibuat daripada kayu pokok pain sepanjang 20cm. 

Di Asia, panah digunakan secara meluas. Dalam bahasa Sanskrit, perkataan dhanurveda yang merujuk kepada memanah lebih menjurus maknanya kepada seni beladiri. Anggota puak Asia tengah dan American Plains Indians menyesuaikan diri dengan lebih baik kerana menggunakan panah sambil menunggang kuda dan mereka menjadi sebahagian besar tentera yang berterusan berjaya menakluk kawasan Eurasia secara meluas sehinggakan Dinasti Han merujuk jiran mereka, Xiong-nu, sebagai 'orang yang memegang busur'. 

Perkembangan senjata api menjadikan penggunaan senjata busur dan panah ini seperti dipinggirkan. Di sebalik status sosial yang tinggi dan penggunaan panah yang meluas di negara seperti Armenia, Mesir, China, England, Amerika, India, Jepun, Korea, Turki dan lain-lain, setiap negara yang mendapat akses kepada senjata api moden mula menggunakannya secara meluas lebih -lebih lagi dalam peperangan menyebabkan senjata panah semakin dipnggirkan. Walaubagaimanapun, senjata api moden ketika itu mempunyai kadar tembakan jauh lebih rendah dan mudah terjejas dalam cuaca basah. 


Panah jenis compound


Namun, sehingga kini pun ia menjadi senjata yang jauh lebih efektif dan terbaik secara taktikal apabila tentera terlibat dalam situasi tembak-menembak sekali pun di sebalik halangan. Penggunaan senjata api memerlukan hanya sedikit latihan untuk membolehkan penembak menggunakannya dengan betul dan dapat menembak menembusi perisai besi tanpa latihan otot yang khusus. Tentera yang dibekalkan dengan senjata api menjadi jauh lebih baik berbanding pemanah yang terlatih. Ini sekaligus menjadikan kemahiran memanah tidak berguna di medan perang. Walaubagaimanapun, memanah tradisional masih digunakan dalam sukan dan aktiviti perburuan. 

Sekitar 1840an, terdapat cubaan untuk menjadikan memanah sebagai salah satu sukan moden. Persidangan pertama  Grand National Archery Society di York diadakan pada 1844 dan seterusnya membawa kepada penyelarasan peraturan yang dipanggil  'York Round' iaitu memanah pada jarak 60, 80, dan 100 ela. Horace A. Ford membantu memperbaiki standard memanah dan mengasaskan teknik memanah yang baru. Sekitar 1920an, ada di kalangan jurutera profesional mula menunjukkan minat dalam arena memanah yang sebelum ini menjadi bidang yang eksklusif sebagai kraf tradisional. Golongan ini kemudiannya mempelopori perkembangannya secara komersial bagi menghasilkan bentuk busur yang lebih moden sehingga ia kini menjadi dominan dalam seni memanah di Barat, manakala busur tradisional menjadi minoriti sahaja. Pada 1980an, kemahiran memanah tradisional mula dikembangkan semula oleh peminat Amerika dan menggabungkannya dengan pemahaman saintifik yang baru.

Terdapat pelbagai mitos di dunia yang menggambarkan beberapa wira dan dewa yang digambarkan sebagai pemanah seperti dewa Greek iaitu Apollo dan Artemis, dewa Rom iaitu Diana dan Cupid, atau wira seperti Robin Hood, dan banyak lagi. Di Asia Timur, Yi dan perantisnya Feng Meng terdapat dalam beberapa mitos awal China. Di Afrika Barat, dalam kepercayaan masyarakat Yoruba, Osoosi adalah antara dewa yang dikaitkan sebagai pemanah. 


KLIK SINI dan KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan dan jenis-jenis busur.


No comments: