MY FOLLOWERS

Sunday, May 11, 2014

Artikel - Batman Arkham Asylum

Kredit kepada: Wiki
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


 

Sebelum ini penulis ada siarkan entri berkaitan permainan video Batman Arkham City beserta paparan sinematiknya. Sebenarnya siri permainan video ini dimulakan dengan Batman Arkham Asylum. Secara urutannya Batman Arkham Asylum, Batman Arkham City, Batman Arkham Origins, disusuli dengan Batman Arkham Knight.

Permainan video Batman Arkham Asylum dibangunkan oleh Rocksteady Studios dan diterbitkan oleh Eidos Interactive bersama Warner Bros. Interactive Entertainment. Permainan video ini menggunakan enjin Unreal Engine 3 dan diedarkan secara rasmi pada September 2009. 

Plot cerita bermula selepas serangan Joker ke atas Dewan Bandaraya dan Joker ditangkap dan dibawa ke Arkham Asylum yang turut menempatkan ramai orang bawahannya sebelum dibawa ke penjara Blackgate. Merasakan seperti Joker sengaja mahu ditangkap, Batman terus mengawasinya. Rancangannya terbongkar bila mendapati terdapat komplot antara Harley Quinn yang kini telah mengawal tempat tersebut, polis-polis yang disogok serta Pesuruhjaya Gordon kini menjadi tawanannya. Joker mengugut akan meletupkan bom yang disembunyikan di bandaraya Gotham jika sesiapa cuba masuk ke kawasan Arkham. 

Kini bersendirian, Batman memulakan misinya cuba menyelamatkan Gordon dan dihalang oleh Scarecrow yang berterusan menyerangnya dengan bom toksin yang akan menyebabkan halusinasi. Quinn yang bersekongkol ditewaskan dan Gordon berjaya diselamatkan. Joker kemudian mengubah haluan Batman yang membawa kepada Bane dan mendapati Joker telah kembali ke Arkham dan mendapat akses kepada Titan, iaitu sejenis dadah Venom versi yang dipertingkatkan. Dadah ini dibuat bagi meningkatkan kekuatan dan membantu pesakit dalam terapi yang teruk. Penelope Young, doktor yang membangunkan Titan mendapati dia bekerja untuk Joker dan tidak mahu menyerahkan Titan. Ini membongkar sebahagian lagi rancangan Joker iaitu untuk membina sekumpulan pengikut dengan kekuatan super. 




Pertempuran berlaku dan formula bagi Titan dimusnahkan dan berlaku letupan sehingga menyebabkan Young terkorban dan Joker berjaya mengambil Titan. Sementara itu, Quinn membebaskan Poison Ivy dari selnya. Setelah bertempur dengan Batman, Ivy kembali disumbatkan ke dalam selnya. Quinn mendedahkan terdapatnya kemudahan menghasilkan Titan dalam kawasan taman botani kepunyaan Ivy. Setelah tiba, Batman mendapati Titan sebenarnya dibuat menggunakan sejenis tumbuhan yang diubah secara genetik. Berdasarkan maklumat daripada Ivy, penawar kepada Titan diperolehi daripada sejenis spora yang terdapat hanya dalam kawasan pembentung yang dihuni Killer Croc. 

Setelah berjaya menewaskannya dan mengambil spora itu, Batman kembali ke Batcave untuk mensintesis penawarnya sebelum gua tersebut dimusnahkan oleh Ivy yang telah diperkuatkan setelah disuntik dengan Titan oleh Joker. Batman kemudiannya kembali semula ke taman botani Ivy dan menewaskannya. Joker kemudian mengumumkan persediannya dan telah menangkap semula Gordon dan cuba menyuntiknya dengan Titan. 

Pertempuran berlaku dan Joker ditewaskan. Semua orang yang disuntik Titan kembali normal dan ditahan dan dibawa semula ke Arkham. Batman meninggalkan kawasan kejadian dan sewaktu dalam pesawatnya, dia terdengar di radio tentang jenayah yang didalangi Two-Face dan serpihan Titan yang terapung di laut berdekatan Arkham diambil oleh seseorang.




KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.


Bahagian 1 dan Bahagian 2 berkaitan siri permainan video Arkham City ada dalam blog ini.


No comments: