MY FOLLOWERS

Sunday, May 11, 2014

Hiburan - Once Upon A Time in Wonderland

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Once Upon a Time in Wonderland ialah satu siri terbitan Amerika Syarikat untuk ABC Studios. Sebagaimana siri-siri lain, siri ini juga adalah spin-off kepada siri asalnya, Once Upon a Time lakonan Ginnifer Goodwin dan Robert Carlyle. Jika siri asalnya berkisarkan tentang kedatangan anak Snow White, Emma ke dunia nyata di pekan Storybrooke, siri ini pula adalah berdasarkan kisah novel Alice's Adventures in Wonderland tulisan Alice Carroll dengan perbezaan dalam adaptasinya dan mengambil tempat di Wonderland pada masa kini. Ia juga akan menyertakan paparan sebelum sumpahan ke atas Wonderland beserta episod bersilang/crossover dengan siri asalnya Once Upon a Time, yang menjelaskan hubungkait antara watak yang terperangkap di Storybrooke, Maine. 

Menampilkan Sophie Lowe sebagai Alice, Michael Socha (Will Scarlet/Knave of Hearts), Peter Gadiot (Cyrus), Emma Rigby (Anastasia/Red Queen), Naveen Andrews (Jafar), John Lithgow (suara Percy the White Rabbit)


KLIK SINI dan KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan. 

Tonton siri ini:   SINI  |   

 


No comments: