MY FOLLOWERS

Sunday, May 11, 2014

Sekadar Luahan - Catatan Perjalanan Tganu-Penang 6-9.5.2014: Day II

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Hari kedua: 8.5.2014




Hari kedua percutian. Jam 8.30 pagi, setelah semua berkumpul, rombongan berangkat ke medan selera berhampiran untuk sarapan. Kemudian kami semua melalui Pelabuhan Weld seterusnya ke Fort Cornwallis yang menempatkan tinggalan sejarah seperti meriam dan kapal lama. Kami tidak masuk melihat tinggalan ini lebih dekat, jadi kami ke kawasan Little India pula untuk melihat tinggalan sejarahnya yang lain di sini. Melalui kawasan ini sebelum sampai ke masjid kapitan, dapatlah kami lihat rata-ratanya kawasan ini penuh dengan budaya masyarakat India yang masih kuat dipegang. Daripada perniagaan runcit, pakaian sehinggalah kedai menjual VCD pun menjual produk yang menggambarkan budaya mereka. Sambil berjalan menuju ke lokasi untuk melihat lukisan dinding yang dipanggil street arts seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan internet, sambil itu jugalah kami mendengar lagu-lagu dengan rentak dan lenggok India serta bau-bauan rempah dan kari dari kedai-kedai mereka. Menurut warga tempatan di sini, lukisan dan paparan yang dicari itu ada di banyak lokasi dan kami perlu berjalan lagi untuk mencarinya. Di beberapa tempat di persimpangan bangunan, memang kami temui tetapi versi karikatur yang dibuat daripada besi beserta kata-kata pesanannya. KING STREET CORE ZONE, GEORGE TOWN WORLD HERITAGE SITE. Tulisan ini menggambarkan betapa pentingnya kawasan ini sebagai salah satu tapak warisan sejarah. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke deretan kedai untuk membeli beberapa pakaian dan kali ini kumpulan kami telah berpecah sekali lagi.  





Saya mengikut kumpulan lain yang melalui kawasan kedai pakaian ini sehingga tiba di Prangin Mall bersebelahan Komtar. Di sini sempat singgah di beberapa lokasi lagi untuk melihat dan membeli pakaian. Pun begitu kami masih tercari-cari di mana lokasi street arts seperti yang dikhabarkan, begitu juga dengan para tenaga pengajar yang hampa kerana tidak menemui lokasi berkenaan. Kami kemudian singgah ke kedai yang terkenal dengan jenama jeruknya. Tidak sah kalau datang ke sini dan tidak singgah kerana jenama ini pernah mendapat liputan di Buletin Utama TV3 iaitu Jeruk Madu Pak Ali. Di kedai ini, pelanggan bukan setakat boleh membeli tetapi merasa sendiri jeruk yang dijual sebelum membuat pilihan. Antara yang ada ialah jeruk ceri, betik, buah pala, sengkuang, mempelam dan pelbagai lagi. Dijual semurah RM10 untuk 3 paket, pelanggan boleh pilih mana-mana yang mereka suka. Siap ada yang membeli berbondong-bondong untuk diberi sebagai saguhati untuk sanak saudara apabila pulang nanti. Kami berkumpul semula sesudah selesai urusan kami. Hanya sesudah menaiki bas, barulah kami bertemu semula dengan kumpulan yang satu lagi dan barulah dapat tahu yang mereka semua berjaya menemui kawasan street arts seperti yang dikhabarkan itu.

Ya, seperti yang kami sempat lihat ketika itu, ia memang hasil karya artis Ernest Zacharevic yang disebut-sebutkan itu. Sebagai bukti mereka juga telah tunjukkan beberapa foto yang diambil di kawasan berkenaan. Kata mereka, pengunjung perlu menyewa basikal disediakan dengan bayaran RM8 untuk tempoh 2 jam untuk ke lokasi tersebut.  Boleh cari sendiri di Google untuk lebih banyak karya artis ini.





Kami kemudian ke Restoran Kapitan di Batu Feringgi untuk makan tengahari dan sebelum pulang semula ke hotel. Untuk makan malam ini, kami dibawa ke D'Sampan Seafood tidak jauh dari hotel. Sebelum pulang ke hotel, kami singgah sebentar di tapak karnival di luar kawasan Queenbay Mall sekitar jam 10 malam.

No comments: