MY FOLLOWERS

Monday, May 5, 2014

Berita - Biar Betul! Dituduh Bunuh Ibu Bapa Dengan Pedang Samurai?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 



Seorang lelaki berusia 39 tahun berdepan tuduhan membunuh kedua orang tuanya dengan pedang samurai dalam satu kejadian di kediaman mereka di Atlanta dan disifatkan oleh polis sebagai menyeramkan. Calvin Ray Jr. yang hadir ketika perbicaraan pertamanya dengan tuduhan berkenaan. Pihak berkuasa DeKalb County berkata mereka menemui pedang samurai tersebut dalam usaha mencari lelaki dan wanita tua masing-masing berusia 75 dan 73 tahun yang dikatakan mati akibat ditikam dengan pedang tersebut. 

Mayat pasangan berkenaan ditemui terbaring dalam bilik mereka oleh saudara mereka yang datang untuk melawat pada hari sebelum Calvin ditahan. Calvin menjadi suspek utama kejadian dan ditemui berhampiran taman kurang 2 jam selepas kematian pasangan berkenaan. Polis percaya kejadian bermotifkan duit dan kes masih dalam siasatan.




KLIK SINI untuk artikel penuh.



No comments: