Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Sesiapa yang ada masalah sakit kepala, biasanya dari jenis suka mengomel hinggalah kepada yang melemahkan badan. Biasanya sakit kepala terdiri daripada jenis tekanan, jenis ringan, yang menyebabkan timbul perasaan sakit di sekitar kepala yang biasanya berpunca daripada rasa tegang pada tengkuk. Migrain pula disebabkan terlalu sakit dan akan berulang-ulang. Perubatan adalah salah satu cara untuk merawatnya. Walaubagaimanapun terdapat banyak lagi cara yang lebih semulajadi yang boleh digunakan untuk menghilangkan sakit kepala ini.
Rehat - Sakit kepala seringkali menjadi tanda bahawa tubuh badan anda memerlukan rehat, sebagaimana dikatakan oleh Elizabeth Loder, MD, ketua divisyen sakit kepala dan kesakitan di Brigham dan Hospital Wanita di Boston dan Presiden Persatuan Sakit Kepala America. Ramai orang begitu sibuk dengan kerja dan jarang meluangkan masa untuk merehatkan minda mereka, tetapi jika mereka ambil masa antara 10 minit untuk melelapkan mata, berbaring dan berehat, itu lebih baik daripada tidak berdaya kemudian, selepas ia menjadi lebih teruk. Mark W. Green, MD, pengarah pusat sakit kepala dan perubatan di New York pula berkata adalah lebih baik jika dapat berbaring sebentar di dalam bilik yang gelap dengan pegnudaraan yang baik. Kalau boleh, dapatkan tidur untuk sejam.
Makan sedikit tetapi kerap - Jika anda belum makan apa-apa, kesakitan yang timbul berpunca daripada kekurangan gula dalam darah. Jika ini berlaku, segeralah makan untuk hilangkan perasaan itu. Ada pengkaji mencadangkan makan makanan yang ada magnesium seperti bayam, tofu, minyak zaitun, yang mungkin membantu. Dicadangkan ambil makanan dalam sukatan kecil dalam sehari daripada makan pada jumlah besar ketika sarapan, tengahari dan makan malam. Dengan cara ini, gula dalam darah akan berada dalam keadaan konsisten.
Letak ais atas dahi - Meletakkan kain basah atau yang sejuk atas dahi atau mata sambil berbaring boleh memberikan kelegaan daripada sakit kepala dan mungkin boleh terus menghilangkannya. Anda boleh ambil ais dan gosokkannya pada dahi untuk 10 minit. Ramai orang menyangka ais menyebabkan salur darah mengecut tetapi ia sebenarnya kesan tindakbalas bila otak lebih fokus kepada rasa sejuk dan bukan sakit sakit itu.
Mandi air panas - Ramai yang lebih suka mandi air sejuk bila sakit kepala tetapi adakalanya anda mungkin perlukan mandian air panas, menurut Dr Green. Ramai yang bangun pagi dengan sakit kepala akan kembali berbaring untuk menghilangkan sakit kepala tetapi sebenarnya itu hampir tidak membantu. Minumlah secawan kopi, ambil sarapan dan mandi air panas untuk segarkan tubuh anda.
Pergi berurut - Satu cara yang masih kekal efektif ialah cara lama dan kurang menggunakan teknologi. Tekanan yang lembut pada bahagian kepala (temple) sekurang-kurangnya melegakan sakit kepala walaupun untuk sementara. Apa sahaja gosokan lembut mampu melegakan atau menghilangkan sakit kepala. Dalam satu kajian di New Zealand, penghidap migrain kurang sakit dan dapat tidur lebih baik dalam minggu mereka mendapatkan khidmat urutan berbanding mereka yang tidak berbuat demikian. Kajian lain pada tahun 2010 di Sepanyol mendapati pesakit yang kerap sakit kepala dilaporkan mendapat keadaan psikologi yang lebih stabil, kurang stres dan kurang simptom dalam tempoh 24 jam selepas mendapat urutan selama 30 minit.
Sedikit tekanan - Kenakan sedikit tekanan pada kawasan antara ibu jari dan jari telunjuk boleh membantu mengurangkan sakit kepala dengan cara mengurutnya dalam gerakan bulatan selama 5 minit. Kemudian tukar tangan. Dr Loder juag menambah, menuamkan ais pada kawasan tersebut juga amat membantu. Sealin itu, teknik akupuntur juga disarankan. Jarum dicucuk pada bahagian tubuh untuk merangsang titik rangsangan yang akan membantu meredakan migrain dan sakit kepala jenis tegang.
Lupakan minum alkohol - Kajian mencadangkan minuman keras berwarna lebih gelap menjadikan pening akibat minum lebih teruk. Buat mereka yang sensitif kepada sakit kepala atau migrain, pengambilan alkohol walaupun dalam jumlah kecil boleh mencetuskan kesakitan yang teramat sangat. Bagi mereka ini, kena tahu apa yang boleh mencetuskannya dan bila perlu berhenti. (Tak minum lagi bagus!)
No comments:
Post a Comment