MY FOLLOWERS

Monday, May 5, 2014

Berita - Anak Di Rumah Mati Kelaparan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum..... 





Banyak duit tapi anak mati kebuluran!

Seorang wanita tergamak membiarkan anaknya berusia 13 tahun kelaparan menyebabkan berat badannya susut sehingga tinggal 21 paun dan mati. Dia adakalanya mengunci anaknya itu dalam bilik yang kotor dan penuh dengan sampah. Pihak berkuasa yang menahannya mengatakan dia mungkin berdepan tuduhan membunuh dan tuduhan lain. 

Hakim Gary Lee mendengar testimoni dan bantahan sebelum memutuskan negeri ada lebih banyak bukti untuk membicarakan kes ini dengan 1 tuduhan membunuh, pengabaian atau penderaan dan kegagalan melaporkan kematian. Jessica Jensen, 35, mengaku bersalah atas semua pertuduhan. Pegawai perubatan negeri, William Massello berkata pemeriksaan autposi dijalankan dan memutuskan kematian mangsa sebagai homisid. Menurut detektif yang menyiasat, Laura Forbes, bilik tersebut yang mengurung kanak-kanak berkenaan ditutup dengan papan, tingkapnya dibalut dengan plastik hitam, penuh dengan sampah sarap, berbau najis dan urin, dan terdapat sisa makanan seperti dilemparkan ke dinding. 

Menurutnya lagi, ibu Jensen memberitahunya bahawa anaknya tidak mahukan cucunya itu kerana hanya selepas kematian kanak-kanak tersebut, anaknya memberitahunya dia berasa sangat lega. Kanak-kanak tersebut mati dalam keadaan sangat kurus dengan hanya kulit dan tulang. Detektif Forbes juga memberitahu banyak lagi perkara berkenaan kes ini termasuklah kanak-kanak tersebut sudah tidak berjumpa doktor selama bertahun-tahun dan keadaan rumah Jensen yang penuh dengan makanan menggambarkan keluarga mereka sebenarnya tiada sebarang masalah kewangan.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: