MY FOLLOWERS

Wednesday, June 11, 2014

Artikel - Aplikasi Smartphone Ciptaan Budak Umur 7 Tahun

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Budak-budak di negara kita, kalau berumur 7 tahun baru tahu membaca atau bermain anak patung....



Selain mereka yang dewasa, kanak-kanak dalam era masa kini juga turut ikut serta dalam perkembangan aplikasi mudah alih dan turut mencipta beberapa aplikasi yang boleh digunakan oleh semua orang. Terbaru, seorang anak kepada CEO sebuah syarikat aplikasi berpengkalan di Singapura bernama Erwan Mace, Lia yang berumur 7 tahun mencipta sebuah aplikasi mudah alih dinamakan Mini Hug yang membolehkan para ibu bapa menjejaki jumlah masa berkualiti yang boleh diluangkan bersama anak-anak mereka. Menariknya dia menciptanya sendiri! 
 
"Anak saya mula ketengahkan idea ini setahun yang lalu tentang aplikasi yang boleh dibuat, dan saya terkejut," katanya. "Ideanya bagi membantu kanak-kanak lain bermula daripada kawan-kawannya dan keluarga supaya mereka dapat meluangkan masa bersama dan memberikan pelukan (hug) seperti yang dilakukan di rumah." 
 
Konsepnya mudah. Aplikasi tersebut membantu ibu bapa menjejaki jumlah masa dan jenis aktiviti mereka lakukan bersama. Berdasarkan jumlah dan kualiti masa mereka bersama, ibu bapa akan diberikan ganjaran mata. Secara menyeluruh, ganjaran mata ini yang boleh dilihat himpunannya secara harian, mingguan atau bulanan membantu ibu bapa melihat sendiri perkembangan mereka dalam bentuk carta pai. Menariknya mereka juga boleh melihat perkembangan ibu bapa lain dan menjadi cabaran untuk mereka lakukan yang lebih baik. Dari segi nama aplikasi ini, asalnya Mace mahu ia dinamakan Liapp, mengambil nama anaknya tetapi Lia menyatakan ia berbunyi agak teruk. Oleh itu, nama Mini Hug dipilih yang menjadikannya lebih baik. Selain boleh menyimpan gambar, pengguna juga boleh menjejaki sehingga 30 jenis aktiviti dalam satu masa. 
 
Di masa akan datang, aplikasi ini akan dibangunkan bagi membolehkan lebih banyak lagi aktiviti dijejaki. Sehingga kini, tidak banyak yang dapat dikongsikan sehingga ia dihantar kepada Apple. Mereka juga mendapat maklum balas yang baik daripada orang ramai dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Dari segi kos, mereka hanya membelanjakan beberapa dollar bagi rekaannya dan selebihnya 100% dibuat di rumah. Mace dan Lia merasakan aplikasi ini sesuai bagi ibu bapa yang menghadapi masalah membahagikan masa antara kerja dan kehidupan di rumah. Menjadi mereka yang bekerja dari rumah, mereka dapat luangkan lebih masa bersama dan berharap ibu bapa di luar sana juga dapat melakukan perkara yang sama. Mereka juga telah menggunakan aplikasi ini bermula dari ia dibangunkan dalam versi beta dan ia cuma memerlukan beberapa saat sehari untuk melihat aktiviti yang dilakukan bersama. 



KLIK SINI untuk artikel penuh.




No comments: