MY FOLLOWERS

Wednesday, June 11, 2014

Artikel - Kulit Buku Daripada Kulit Manusia??

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 
 
Assalamualaikum.....



Saintis dari Universiti Harvard mengesahkan sebuah karya Perancis abad ke-19 dalam perpustakaan universiti itu memiliki kulit yang diperbuat daripada kulit manusia selepas ujian dilakukan ke atasnya. "Des destinees de l'ame" (On the destiny of the soul) karya Arsene Houssaye yang hidup sekitar tahun 1815-1896 merupakan sebahagian daripada koleksi antik di Perpustakaan Houghton yang dikhaskan untuk karya antik dan jarang ditemui. 

Pihak pemuliharaan dan saintis Harvard menggunakan beberapa kaedah bagi mengetahui asal bagi bahan pengikat buku tersebut menggunakan sampel mikroskopik. melalui ujian dijalankan, mereka dapat mengasingkan kemungkinan sama ada kulit buku itu diperbuat daripada kulit kambing, biri-biri atau haiwan lain. Mereka 99% yakin ia diperbuat daripada kulit manusia dan mengesahkan kebenaran bagi nota tulisan tangan ditemui dalam buku itu dalam bahasa Perancis yang menyatakan kulitnya diperbuat daripada kulit manusia. 

"Dengan penelitian, anda akan dapat bezakan liang pada kulit. Sebuah buku mengenai jiwa manusia memang patut ada kulit daripada manusia." jelas seorang doktor, Ludovic Bouland yang juga kawan kepada penulis buku itu dalam notanya. Tambahnya lagi, kulit tersebut diambil daripada bahagian belakang seorang wanita penghidap sakit mental dan meninggal akubat sakit jantung yang hidup ketika itu. Doktor itu juga mempunyai sebuah lagi buku dalam koleksi peribadinya dengan kulit daripada manusia. Menurut Harvard, "Des destinees de l'ame" ialah satu-satunya buku yang dibingkai dengan daging manusia. 

Menurut pihak perpustakaan universiti itu lagi, menjadi kebiasaan pada abad ke-19 apabila bahagian tubuh penjenayah yang dibunuh kemudian didermakan untuk kajian sains, dan kulitnya diberikan kepada penyamak kulit dan penjilid buku. Dua lagi buku yang terdapat di perpustakaan undang-undang dan perubatan universiti itu mendapati ia diperbuat daripada kulit biri-biri setelah ujian dijalankan.


KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: