Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Sentiasa hidrat - Salah satu tanda dehidrasi ialah datangnya sakit kepala. Untuk memastikan diri anda mendapat air secukupnya, anda kenalah kerap minum air walaupun bukan ketika sarapan atau makan tengahari atau selepas aktiviti fizikal. Dr. Green. dari Institute of Medicine mencadangkan orang dewasa sepatutnya meminum 11 hingga 15 cawan air sehari, tetapi itu juga termasuk yang datang dari sumber lain seperti susu rendah lemak yang kurang kalori, buah-buahan dan sayuran. Kopi juga menyumbang kepada pengambilan cecair kerana menurut satu kajian yang diterbitkan dalam PLoS One pada 2014 menyatakan sifat kafein dalam kopi membawa kepada dehidrasi.
Kekalkan berat badan yang sihat - Ada berat badan berlebihan secara signifikan meningkatkan peluang seseorang itu mendapat migrain, sebagaimana dinyatakan dalam satu kajian oleh Universiti John Hopkins pada 2013. Penemuan kajian ini benar terutamanya kepada wanita, mereka yang berumur 50 tahun dan ke bawah. Menjadi obes boleh menyebabkan sakit kepala biasa yang dihidapi seseorang bertukar kepada sakit kepala yang lebih kronik. Mengurangkan berat badan menerusi diet yang betul dan amalkan bersenam atau teruskan mengekalkan berat badan yang sihat menjadi faktor bagi mengelakkan diserang sakit kepala dengan lebih kerap.
Kurangkan stres - Berdasarkan satu kajian dari Jerman pada 2014, lebih banyak anda stres maka lebih banyak peluang anda sakit kepala. Dalam kajian tersebut, peserta menyatakan tahap sakit kepala serta kekerapan dan jenis yang dihidapi. Bagi setiap 10 mata pada skala yang ditetapkan, jumlah sakit kepala meningkat 6.3% bagi jenis ketegangan dan 4.3% bagi jenis migrain. Dr Loder mencadangkan agar lebih banyak rehat dalam situasi tegang dan berehat dengan cara menikmati sesuatu yang anda suka seperti yoga, meditasi, atau hobi yang boleh memberikan anda rasa tenang dan menjauhkan anda daripada perkara yang anda bimbangkan.
Minum kopi secara tidak berlebihan - Dr Loder menyatakan minum kopi bila mula datangnya sakit kepala adalah perkara biasa kerana ia hanya memberikan kesan yang ringan. Ia hanya sesuai kalau sakit kepala itu di peringkat awal. Namun katanya lagi penting untuk tidak mengambilnya secara berlebihan. Kafein dalam kopi bertindak seperti serampang dua mata, jika anda mengambilnya secara berlebihan anda mungkin akan mengalami tindakbalas sakit kepala pada hari anda tidak mengambilnya. Jadi, eloklah jika mengambilnya hanya ketika ia diperlukan ibarat senjata kecemasan.
Rehat daripada main komputer - Keletihan mata bukanlah sebab sakit kepala tetapi kerana tempoh masa yang lama menghadap komputer itu yang menjadi sebabnya. Mengalih perhatian daripada komputer selepas setiap 30 minit boleh membantu anda mengurangkan tekanan pada leher, keletihan mata dan kekejangan otot.
Jangan berjemur tengah panas - Jika anda ke panas pada hari panas terik dan mudah terkena migrain, pastikan anda bawa bekalan buah-buahan dan payung. Dalam satu kajian Universiti Harvard pada 2009 menyatakan risiko seseorang mendapat sakit kepala yang teruk meningkat 7.5% pada setiap 5 darjah Celcius kenaikan suhu. Keterangan sinaran, kepanasan dan dehidrasi turut memainkan peranan dalam hal ini.
Kerap bersenam - Bersenam ketika sakit kepala bukanlah satu idea yang baik kerana ia meningkatkan kadar denyutan nadi dan mungkin meningkatkan tekanan. Satu kajian di Sweden pada 2009 menyatakan pesakit kurang berdepan sakit kepala apabila mereka mengubah rutin berbasikal mereka menjadi lebih teratur. Kajian lain mencadangkan mencuba yoga.
No comments:
Post a Comment