MY FOLLOWERS

Saturday, June 28, 2014

Berita - Segmen Unit Seni Beladiri Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SMKSA 26-27.6.2014

Kredit kepada: sensei, ahli
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Satu perkhemahan dinamakan Perkhemahan Perdana Badan Beruniform diadakan pada 26-28.6.2014 melibatkan semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Losong, Kuala Terengganu. Pada hari Khamis 26.6.2014, hari perkhemahan ini bermula jam 12.30 tengah hari sehingga jam 11.30 malam dengan slot Muhasabah dan mesyuarat kem sebagai penutup. Hari Jumaat 27.6.2014, aktiviti bermula seawal 8.00 pagi hingga 11.30 malam dan diakhiri dengan aktiviti Malam Kebudayaan. Aktiviti perkhemahan ini diadakan di kawasan padang sekolah berkenaan. Antara badan beruniform yang menyertai ialah Pandu Puteri, Puteri Islam, PKBM, PDRM, PBSM dan banyak lagi.




Sebagai satu kaedah penilaian murid, setiap murid dimestikan mempunyai satu buku log perkhemahan dan satu kad aktiviti. Dalam kad aktiviti berkenaan, terdapat segmen yang perlu dipenuhkan oleh setiap orang murid dengan menyertai aktiviti yang disediakan di tempat atau stesen yang telah diaturkan oleh pihak sekolah. Antara segmen itu ialah Unit Kraf, Melepasi Halangan, Unit Seni Beladiri dan banyak lagi. untuk menyertainya, murid dibahagikan kepada kumpulan besar seperti satu rumah yang ditandakan dengan warna Oren, Putih, Merah, Kuning dan Hijau, seramai lebih kurang 30-40 orang bagi setiap rumah ini dan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B, C mengikut rumah masing-masing. Setiap rumah ini akan ke stesen berkenaan seperti dinyatakan dalam jadual aturcara.






Apabila tiba di stesen, setiap kumpulan dalam rumah ini akan menyelesaikan cabaran diberikan sebelum ke cabaran seterusnya secara giliran dengan kumpulan lain dari rumah mereka dan begitulah seterusnya. Setiap segmen mempunyai 3 slot berasingan yang mesti dipenuhkan dengan mendapatkan cop daripada guru yang bertugas di unit berkenaan setelah mereka menyelesaikan 3 cabaran yang diberi. Untuk segmen Unit Seni Beladiri yang diadakan di kawasan letak kenderaan berhampiran kantin sekolah, 3 cabaran yang perlu diselesaikan ialah karate, taekwondo dan wing chun.

Di kesempatan ini, penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengadakan perkhemahan ini, guru penasihat serta para guru yang bertugas kerana menjemput bagi menjayakan segmen Unit Seni Beladiri ini. Penulis telah memberikan yang terbaik buat semua yang telah menyertai segmen ini. Terima kasih juga diucapkan kepada para ahli kelab karate yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari segmen ini diadakan. Tidak lupa juga kepada jurulatih wing chun atas kerjasama yang diberikan bagi melancarkan lagi perjalanan segmen ini tatkala kami semua berdepan cuaca agak panas ketika segmen ini berlangsung. 

Akhir kata daripada penulis, mohon maaf atas segala kekurangan, selamat berlatih dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 2014.


No comments: