MY FOLLOWERS

Wednesday, June 11, 2014

Artikel - Malaysia Skor 5 Sebagai Tempat Paling Teruk Untuk Bekerja

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 


Dalam laporan kali pertama dikeluarkan oleh Global Rights Index yang menghimpunkan 97 penunjuk, Malaysia mendapat skor 5 menyertai Kemboja, Bangladesh, China, Nigeria dan 19 negara lain dalam senarai negara paling baik sehingga paling teruk untuk bekerja. Skor 1 bagi negara yang terbaik hingga 5 sebagai yang paling teruk. 

Jelaslah daripada indeks ditunjukkan ini, Malaysia atau mana-mana negara yang mendapat skor 5 menjadi negara paling teruk untuk bekerja di dunia! Penggubalan undang-undang mungkin menyatakan hak-hak tertentu, tetapi pekerja tidak mempunyai sebarang akses kepada hak ini yang jelas mendedahkan mereka kepada satu keadaan autokratik dan amalan buruh secara tidak adil, menurut satu laporan yang diterbitkan di Berlin. Tahun 2002, dianggarkan sekitar 12.9 juta orang pekerja di Malaysia, dengan anggaran 6.44% ahli kesatuan sekerja dengan 53% pekerja sektor swasta, 38% di sektor awam dan 9% lagi dalam badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan. Contoh terbaru ialah tuduhan pelanggaran hak pekerja melibatkan 30 ahli Nufam atas kesalahan menyertai perhimpunan haram. 

Sementara itu, 18 negara termasuk Denmark, Norway dan Uruguay mendapat skor 1. Tinjauan menyeluruh dalam hal pelanggaran undang-undang meliputi 139 buah negara direkodkan dari April 2013 hingga Mac 2014. Singapura mendapat skor 3, menunjukkan kerajaannya dan syarikat berkaitan kerap campur tangan dalam hal hak-hak pekerja dan gagal menjamin aspek penting dalam hak-hak ini. Antara kunci penting dalam laporan ITUC ialah kerajaan bagi sekurang-kurangnya 35 buah negara menahan atau memenjarakan pekerja sebagai satu taktik menentang kehendak bagi mendapatkan hak demokratik, kenaikan gaji, persekitaran kerja yang selamat dan melindungi pekerjaan. Di 9 buah negara lain, pembunuhan dan kehilangan pekerja merupakan taktik yang digunakan bagi menakut-nakutkan pekerja. 

Negara lain seperti Somalia, Sudan Selatan, Palestin dan Ukraine mempunyai kadar pelanggaran undang-undang paling tinggi dan mendapat skor lebih daripada 5 menunjukkan tiada sebarang jaminan ke atas hak-hak pekerja kerana sistem perundangannya yang sudah runtuh, kesan daripada konflik dalaman dan pendudukan tentera.


KLIK SINI untuk artikel penuh.



No comments: