Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Ada sebabnya bekerja di luar pejabat sebab ia lebih banyak memberi manfaat dari sudut kesihatan. Terperangkap dalam suasana dalam akan membawa kepada masalah yang digelarkan pakar sebagai "nature deficit disorder" iaitu sejenis kebimbangan akibat terlalu lama tidak keluar.
Berada di luar membantu mengurangkan stres, merendahkan tekanan darah, membaiki sistem imun, meningkatkan fokus dan produktiviti dalam pekerjaan. Berada dalam alam semulajadi sambil bekerja membantu menutup respon stres dalam otak. Tindak balas ini akan membuatkan lebih banyak bahagian otak diakses yang membawa kepada peningkatan konsentrasi, menguatkan ingatan, mencetus kreativiti dan mengurangkan keletihan otak.
Eva M. Selhub, penulis bersama bagi buku Your Brain on Nature menyatakan mencadangkan meluangkan masa 20 minit sehari, manakala kajian lain menyatakan melihat foto alam semula jadi memberikan manfaat yang sama seperti berada di luar. Kajian pada 2008 menyatakan mereka yang melihat foto alam semula jadi memberikan keputusan lebih baik pada ujian yang dijalankan berbanding mereka yang melihat foto urban.
Kalau bermesyuarat, cuba beralih daripada mengadakannya dalam bilik mesyuarat kepada di luar. Bawa sekali laptop ke luar. Suasana kerja yang berbeza membantu menjana idea dan menstimulasikan minda anda. Sama ada di tingkat atas bangunan atau di kedai kopi berhampiran. Jika tidak mampu pun, anda boleh bawa masuk alam semula jadi ke pejabat dengan membawa tumbuhan dan pokok kecil. Pemandangan dengan tumbuhan hijau memberikan ketenangan dan membantu peningkatan fungsi otak seperti juga meluangkan masa di luar.
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments:
Post a Comment