MY FOLLOWERS

Tuesday, December 1, 2015

Hiburan - Heroes Reborn

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Heroes Reborn ialah satu siri mini dengan 13 episod memulakan siaran pada 24.9.2015 sebagai sambungan daripada siri asalnya Heroes. Manakala siri di laman web, Heroes Reborn: Dark Matters sebanyak 6 episod pula sebagai memperkenalkan watak dan kisah dalam siri berkenaan dan mengisi jurang antara siri terdahulu dan Heroes Reborn. Pencipta siri ini, Tim Kring masih bertindak sebagai penerbit eksekutifnya.
Siri ini mengambil tempat setahun selepas kejadian serangan di Odessa, Texas. Pihak kerajaan menyalahkan apa yang berlaku itu adalah berpunca daripada mereka yang berkebolehan ini dipanggil "Evos", sehingga memaksa mereka bersembunyi kerana mereka akan diburu dan dibunuh. Luke dan Joanne Collins, dua orang pembunuh yang cuba menuntut bela atas kematian anak mereka dalam kejadian pengeboman di Texas itu.



Noah Bennet juga bersembunyi tetapi kemudiannya ditemui oleh Quentin Frady, yang cuba menunjukkan kebenaran yang berlaku dalam kejadian di Odessa. Sementara itu, beberapa watak baru muncul dengan mengetahui mereka juga mempunyai kelebihan. Di Illinois, Tommy cuba melalui kehidupan normal seperti yang lain bersama teman wanitanya, Emily, selepas terpaksa berpindah dan menukar namanya untuk menyembunyikan kuasa barunya. Di Tokyo, Miko mencari ayahnya yang hilang, namun perjalanannya mungkin membawa maut. Di Los Angeles ada kuasa baru muncul dari Carlos, seorang bekas tentera yang ada seorang abang yang melindungi mereka yang ada kuasa. Malina seorang remaja yang belum punya pengalaman menggunakan kuasa barunya. Manakala Erica Kravid, ketua bahagian syarikat konglomerat teknologi Renautas, yang memberikan Primatech matlamat yang gelap dan kurang jelas.
Semakin hari bilangan Evo baru bertambah dan watak lama masih ada seperti Hiro Nakamura, Matt Parkman, Mohinder Suresh, The Haitian Rene, Angela Petrelli, Micah Sanders, dan Molly Walker, dan mereka akan bertemu dengan Evo yang generasi baru. Dengan mereka semua bergabung tenaga, mereka perlu menghalang pembalikan geomagnetik yang akan memusnahkan dunia disebabkan radiasi solar.


 
Sumber rujukan:  SINI  |  SINI  |     

No comments: