MY FOLLOWERS

Wednesday, December 9, 2015

Artikel - Malaysia Bakal Naikkan Umur Untuk Minum Alkohol (Masalah Masih Tidak Akan Selesai)

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Apakah dengan menaikkan had umur akan menyelesaikan masalah berkaitan atau yang berpunca daripada pengambilannya? Masalah yang tercetus seperti kemalangan atau sebarang jenayah yang berpunca daripadanya, adakah jumlahnya akan semakin berkurang? Apa akan jadi kalau ada yang bawah umur meminumnya dan pihak undang-undang tidak tahu mengenainya? Sebab golongan penguatkuasa juga manusia dan tidak dapat mengawal keadaan secara keseluruhannya. Sebagaimana juga rokok, adakah dengan memberi amaran bertulis sama ada pada label atau papan iklan besar akan mengurangkan atau menghalang perokok dan peminum daripada mengambilnya, atau setidaknya menakutkan mereka? Rasanya tidak. Sedangkan dalam Islam juga dinyatakan bahawa arak adalah ibu segala maksiat dan pelbagai masalah lagi. Yang lebih menghairankan, negara ini yang dicop sebagai negara Islam tetapi bagaimana pula boleh mengeksport minuman keras dengan nilai jutaan dollar?? Ini sepatutnya tidak berlaku. Kalau difikirkan dengan akal yang waras, pemimpin akan tanggung dosa besar di akhirat.

Arak tidak memberikan apa-apa kebaikan pun. Lagi bagus kalau produk minuman alkohol tidak dihasilkan langsung.

 


Malaysia merancang untuk menaikkan umur minimum untuk pengambilan alkohol daripada 18 kepada 21 tahun, menurut satu kenyataan kepada pihak World Trade Organization. Walaubagaimanapun, ia tidak menyatakan bila perubahan itu akan dilakukan namun menyatakan ia sebagai satu strategi mensasarkan untuk menghalang meminum di kalangan bawah umur dan menghadkan akses kepada alkohol kepada golongan berisiko tinggi.

Malaysia juga katanya akan meletakkan label tambahan kepada produk alkohol tentang risikonya kepada kesihatan.

Malaysia merupakan negara yang didiami ramai rakyat beragama Islam tetapi syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Bhd dilaporkan menjana keuntungan 11% pada suku pertama pada Isnnin lalu.

Minuman alkohol diminum secara meluas oleh kira-kira 3.5 juta orang di negara ini sebagaimana direokdkan oleh Confederation of Malaysian Brewers Berhad. Negara ini juga mempunyai cukai eksais alkohol antara yang tertinggi di Asia. Di Indonesia pula dengan populasi orang Islam paling ramai di dunia, pihak perundangan di sana telah mengusulkan untuk mengharamkan pengambilan semua jenis minuman alkohol dan menjatuhkan hukuman penjara sehingga 2 tahun kepada sesiapa yang melakukan kesalahan.

Ia juga memperkenalkan peningkatan tinggi dalam tarif import ke atas produk wain dan minuman keras.

Tahun lalu, Malaysia mengeksport minuman mabuk dan merosakkan ini dengan anggaran nilai $269 juta ke Singapura, Vietnam dan Thailand, dan bir berjumlah $156 juta ke Singapura dan Thailand.




Taknak mabuk-mabuk:  SINI  |    




No comments: