Kredit kepada: Yahoo Lego Featured
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Ada
sesetengah ibu bapa mengawal tindak tanduk anak-anak ibarat mereka itu
helikopter pengawal atau pesawat dron. Mereka seperti terlebih masuk
campur dan cuba menentukan hampir semua perkara dalam kehidupan peribadi
anak-anak dengan harapan kononnya bagi melindungi anak-anak daripada
kegagalan dan realiti kehidupan yang adakalanya disifatkan sebagai
kejam. Walaupun niatnya baik, namun ramai ibu bapa tidak sedar akan
kesannya yang boleh merosakkan anak-anak itu mungkin dari segi
pemikirannya atau sikapnya.
Formula yang menghancurkan
Macam helikopter pemantau, habis semua perkara mahu diselidik dan dikawalnya! (Satu-satunya pengawal terbaik adalah agama Islam)
Satu kajian dari Brigham Young University mengesahkan keibubapaan yang terlalu mengawal (helicopter parenting) lebih banyak buruk daripada baiknya. Kajian melihat secara spesifik sama ada sikap memberi sokongan dan kemesraan dapat mengurangkan kesan negatif cara keibubapaan ini. Hasilnya, bukan sahaja ia tidak membantu malah ia juga mencadangkan kekurangan kemesraan boleh menjadikan keadaan lebih buruk, menambahkan lagi keperibadian yang negatif pada anak-anak seperti kurang keyakinan diri.
Satu kajian diterbitkan dalam Journal of Child and Family Studies oleh Holly Schiffrin dan rakan seangkatannya di University of Mary Washington mendedahkan bahawa sikap ibu bapa yang suka mengawal berkait rapat dengan tahap depresi tinggi dan rasa tidak puas dalam hidup. Satu kajian pada 2014 di University of Colorado Boulder menjadi yang pertama yang menyatakan kaitan zaman kanak-kanak yang berstruktur dengan keupayaan bersifat eksekutif. Ia adalah keupayaan untuk menentukan manakah tindakan yang terarah kepada matlamat untuk dilaksanakan dan bila diperlukan. Ia satu set kemahiran yang biasanya kurang dalam kalangan kanak-kanak yang didiagnos dengan gangguan defisit perhatian (attention deficit disorder/ADD).
Mesej daripada keputusan ini jelas menunjukkan bahawa sikap ibu bapa yang terlalu menguasai anak-anak akan memusnahkan kebebasan dan daya pemulihan mereka serta keyakinan mereka dalam membuat keputusan - satu kemahiran yang penting bila berdepan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan.

Sebaliknya, saintis lebih menggalakkan bentuk keibubapaan yang lebih seimbang iaitu yang memupuk dan bukan bersifat mengawal. Untuk membentuk anak-anak yang membesar dengan baik dan berkeyakinan diri, ahli psikologi mencadangkan beberapa strategi berikut:
1. Lihat mereka sebagai entiti berbeza, bukannya lanjutan atau ekstensi diri ibu bapa
Mereka adalah individu unik yang memerlukan bimbingan, maka berilah mereka galakan dan sokongan. Jangan tonjolkan ketakutan, harapan dan impian anda ke atas mereka.
2. Berikan mereka ruang untuk jatuh dan bangkit sendiri
Yang ini cabaran besar. Mereka perlu diterangkan bagaimana menilai risiko sesuatu tindakan apabila mereka semakin dewasa supaya mereka dapat membuat keputusan dan mengendalikan konflik dengan baik di masa akan datang. Beri ruang untuk mereka rasai kesakitan dan ketidakselesaan. Jangan halang mereka berusaha atau cuba menyelamatkan mereka daripada rasa kekok atau situasi yang mencabar. Mereka tidak dapat belajar kalau ibu bapa berterusan asyik tolong selesaikan masalah untuk mereka. Adalah penting untuk beritahu mereka supaya jangan takut dengan kegagalan dan jangan terlalu ungkitkan kesalahan.
3. Berikan sokongan tetapi jangan terlalu membantu mereka
Selalulah dengar dan memberi nasihat tetapi beri peluang kepada mereka mencuba mengatasi dan membaiki situasi. Jangan mengganggu, tolong bila perlu sahaja. Sepanjang proses, mereka akan belajar memahami kesan tindakan mereka sendiri.
4. Jadi model bagi perhubungan yang sihat dan pembuat keputusan dalam hidup
Anak-anak banyak belajar daripada contoh yang ditunjukkan. Jadi kena berhati-hatilah supaya tidak tunjuk contoh yang tidak elok. Jangan kedekut untuk tunjuk contoh yang baik.
5. Mengawasi bukan mendominasi
Ini membantu mereka belajar bila dan bagaimana mengambil risiko. Berikan mereka kebebasan untuk mencuba perkara baru sendiri.
Jangan sampai terkongkong: SINI |

No comments:
Post a Comment