MY FOLLOWERS

Saturday, December 12, 2015

Kamen Rider - Kamen Rider Wizard

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Kamen Rider Wizard ialah siri tokusatsu ke-14 dalam era Heisei dan mula bersiaran di saluran TV Asahi pada 2.9.2012 selepas tamatnya siri sebelumnya menerusi slot Super Hero Time. 

6 bulan sebelum siri ini bermula, satu ritual misteri telah diadakan pada hari berlaku gerhana matahari. Ia bertujuan untuk melahirkan sebuah kumpulan makhluk magis dipanggil Phantoms melalui manusia yang mempunyai potensi magis dipanggil "Gates", dengan cara memaksa mereka ke arah perasaan putus harapan. Haruto Soma, yang terselamat daripada ritual itu dan Koyomi, yang hilang ingatan, ditugaskan oleh White Wizard yang misteri untuk melawan Phantoms. 



Untuk itu, Haruto diberikan Wizardriver yang membolehkannya menjadi Kamen Rider Wizard bagi menghalang Phantoms lain daripada menukarkan Gates yang lain menjadi Phantoms. Kemudian Kosuke Nito muncul sebagai ahli sihir purba dipanggil Kamen Rider Beast untuk mengambil kuasa magis Phantom sebagai makanannya untuk terus hidup dan menjadi sekutu serta lawan kepada  Haruto. Apabila mereka sama-sama melawan Phantoms, yang diketuai oleh Phoenix yang panas baran, Medusa yang kejam, Gremlin yang penuh dengan rancangan sulit, dan Wiseman yang membingungkan, keadaan mula huru hara tidak seperti mereka sangkakan.



Sumber kamen rider sihir:  SINI  |  SINI  |  





No comments: