Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Macam terumbang-ambing jer....
Pelaksanaan cukai GST telah menyebabkan kenaikan harga banyak barangan keperluan harian dan perkhidmatan lain. Selama 8 bulan, pengguna belum merasa apa-apa manfaat penurunan harga seperti mana dijanjikan oleh kerajaan sekarang sebaliknya lebih banyak lagi kenaikan harga perlu dibayar. Penarikan balik subsidi bagi banyak keperluan harian memburukkan lagi keadaan sehinggakan golongan berpendapatan rendah dan miskin juga terpaksa membayar untuk mendapatkan keperluan yang diperlukan. Kenaikan tambang, tol dan caj pengangkutan awam sehingga RM20 sehala bagi tiket ERL dan kenaikan tarif elektrik bermula pada 2016 ini akan menjadikan kehidupan berpendapatan sederhana dan rendah lebih mencabar terutama bagi yang tinggal di Kuala Lumpur. Mungkin juga itulah yang terpaksa dibayar oleh rakyat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.
Disebabkan semua ini juga, ramai yang memaparkan perbezaan kos sara hidup, pelbagai kisah sedih di internet supaya masyarakat berfikir adakah ini bentuk kehidupan dan kos perlu ditanggung bila mereka mempunyai kerajaan seperti sekarang. Ada juga yang paparkan maklumat dengan jenaka menyindir kerajaan sekarang ekoran masalah yang semakin menghimpit masyarakat.
Walaupun sering dicanang kapitalisme akan membawa kebaikan bagi menjana ekonomi negara, masyarakat semakin sukar untuk menerima itu sebagai alasan sehingga ada yang sudah hilang kepercayaan kepada pemerintahan sekarang. Hampir setiap minggu juga perkara baru muncul dalam banyak berita yang mencetuskan lebih banyak lagi kerisauan, rasa semakin tidak selamat, rasa semakin ditipu dan semakin mencemaskan lagi minda masyarakat.
Seperti dilaporkan oleh Ketua Audit, terdapatnya banyak ketirisan bagi banyak institusi yang diaudit. Bila heboh dalam berita dan pelbagai media, maka rakyat mengeluh dengan keadaan tidak cekap sehingga laporan lain pula muncul kemudian. Ahli Dewan Parlimen pula hanya ada apabila terdapat undang-undang baru diperkenalkan. Entah berapa banyak undang-undang baru diperkenalkan tahun ini tetapi adalah sesuatu yang tidak betul kalau undang-undang diperkenalkan itu dikuatkuasakan dengan segera tanpa mengkaji dengan teliti dan membahaskan implikasinya kepada masyarakat. Pihak pemerintah tidak bolehlah merasa seolah-olah mereka kebal daripada kritikan dan tidak perlukan maklum balas daripada rkayat yang mereka perintah, sebab bukan semuanya akan jadi betul. Dengan ada maklum balas barulah tahu kalau sesuatu perkara itu mungkin perlukan pembaharuan atau pembaikan.
Bagi umat Islam, semua tahu terdapat dua set undang-undang digunakan iaitu undang-undang Syariah dan sivil. Kalau bukan daripada jurusan perundangan, memang susah untuk memahami selok-beloknya dan kalau berlaku pertindihan antara kedua-duanya.
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan memang membuatkan ramai orang marah sebab rakyat semakin tersepit dan semakin kurang kuasa berbelanja. Terpaksa pula berjimat dan 'cantas' belanja yang dirasakan kurang perlu dan dalam masa yang sama menjadi naik angin dengan kenyataan beberapa menteri dalam pemerintahan kerajaan sekarang yang disifatkan macam tidak berakal, bodoh, sengal dan sewaktu dengannya. Walau bagaimanapun, rakyat masih dapat uruskan kewangan dan gaya hidup dengan cara membuat kerja tambahan atau bisnes kecil-kecilan untuk tampung kewangan sedia ada.
p/s: Penulis blog setuju dengan apa yang diberitahu dalam artikel asal bagi entri ini.
Boleh harap lagi ke: SINI |

No comments:
Post a Comment