Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Pada awal 2015, ada satu ekspedisi ke Hang Son Doong, iaitu sebuah gua terbesar di dunia, telah diadakan. Ia terletak di Phong
Nha-Ke Bang National Park berdekatan sempadan Vietnam dan Laos, merupakan salah satu tarikan semulajadi terindah di dunia dan kisah penemuannya juga agak mengkagumkan.
Gua Hang Son Doong dijumpai pada 1990 oleh seorang warga tempatan Vietnam bernama Ho Khanh, yang sedang berburu di taman negara berkenaan. Ketika berlindung daripada kilat, dia terjumpa satu kawasan terbuka di lereng gunung dengan kepulan awan. Dia masuk ke dalam dan terdengar ada bunyi air sungai. Kawasan batuan yang agak berbahaya menyebabkannya tidak dapat masuk lebih jauh dan dia terus keluar sebaik kilat berhenti.
Manakala Howard dan Deb Limbert pula, pakar gua dari British Cave Research Association,yang tinggal di Phong Nha berada berdekatan kawasan itu. Apabila mendapat tahu adanya sungai dan awan di gua itu maknanya ada sesuatu yang belum ditemui lagi selama ini. Maka mereka putuskan untuk mencarinya semula kerana Ho Khanh tidak begitu ingat akan kawasannya. Walaubagaimanapun, usaha pencarian mereka selama 2 dekad tidak membuahkan hasil.
Walaupun begitu, pada tahun 2008, segalanya berubah apabila Ho Khanh yang ketika itu dalam satu misi perburuannya, telah masuk ke satu seksyen di hutan itu yang berdekatan dengan pintu masuk gua yang pernah dimasuki dahulu. Kali ini dia berjaya menjejaki semula jejaknya dan memberitahu Howard dan Deb.
Pada 2009, dengan bantuan pihak BCRA, mereka menjelajah ke dalam gua ini yang seterusnya membawa mereka jauh lebih dalam gua berkenaan. Pada 2010 mereka berjaya menemui jalan keluar yang lain ke gua ini. Setelah memetakan dinding gua ini, mereka turut dapati bahawa gua yang dijelajah ini merupakan yang terbesar pernah dimasuki. Gua ini dinamakan sebagai Hang Son Doong, bermaksud “Mountain River Cave” dalam bahasa Vietnam dan kini dibuka kepada kumpulan ekspedisi kecil.
Penemuan gua ini di kawasan paling miskin turut memberi kesan kepada penduduk sekitar dalam sektor pelancongan.

No comments:
Post a Comment