MY FOLLOWERS

Saturday, December 12, 2015

Hiburan - Marvel's Jessica Jones

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images

 
 
Assalamualaikum....
 


Marvel's Jessica Jones, ialah satu lagi drama bersiri terbitan Marvel Television dengan kerjasama ABC Studios dan Tall Girls Productions yang disiarkan di saluran Netflix dikembangkan oleh Melissa Rosenberg, berdasarkan watak Marvel Comics. Ia ada dalam persekitaran Marvel Cinematic Universe (MCU), sebagai sambungan dari filemnya dan akan bertemu dengan siri mini Defenders. Siri ini merupakan yang keempat terbitan Marvel selepas Agents of S.H.I.E.L.D., Agent Carter dan Daredevil.

Krysten Ritter sebagai Jessica Jones, seorang bekas adiwira wanita yang mempunyai kuasa terbang dan kekuatan, membuka agensi penyiasatannya sendiri dikenali sebagai Alias Private Investigations di bandaraya New York selepas bersara sebagai adiwira. Wataknya pernah bertemu beberapa watak lain dalam persekitaran Marvel seperti Peter Parker (Spider-Man), Johnny Storm (Fantastic Four), Matt Murdock (Daredevil) malah Scott Lang (Ant-Man kedua selepas Dr Hank Pym). Musuhnya Killgrave mempunyai kelebihan seperti telepati yang boleh memaksa sasarannya membuat apa yang disuruh tanpa perlu berada di tempat kejadian. Menurut salah satu komik, untuk mengatasinya, dia bertemu dengan Jean Grey (X-Men) bagi mendapatkan bantuan. Jean Grey telah meletakkan satu sekatan dalam minda Jones bagi membolehkannya melepaskan diri daripada kawalan Killgrave, jika keadaan memerlukan. 




Bersama suaminya Luke Cage, dia menyertai pasukan New Avengers ketika kempen Heroic Age oleh Marvel pada 2010. Dia turut menggunakan beberapa nama samaran seperti Jewel, Knightress, dan Power Woman.

Siri ini turut mendapat pujian pengkritik atas persembahan pelakonnya di samping menyentuh topik lebih gelap seperti jenayah rogol, serangan dan posttraumatic stress disorder (PTSD). 

Antara pelakon Krysten Ritter, Mike Colter, Rachael Taylor, Wil Traval, Erin Moriarty, Eka Darville, Carrie-Anne Moss, dan David Tennant.


Sumber superhero:  SINI  |  SINI  |   SINI  |     


No comments: